Written by AbangNara | April 5th, 2016

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Leez Rosli dan juga suaminya, Aepul Drama Band kerana telah pun menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka. Bayi perempuan seberat 3.5 kilogram ini telah dilahirkan pada 4 April 2016 (Isnin) dan diberi nama Nur Safiyya Alisha. Leez telah menjalani pembedahan untuk kelahiran pertamanya ini.

leez rosli

Leez Rosli dan Aepul telah bergelar suami isteri selama setahun 5 bulan. Sebelum ini Leez pernah mengalami keguguran. Alhamdulillah rezeki mereka dimurahkan untuk menimang cahaya mata. Kata Aepul:-

Saya menemani Leez bersama semasa bersalin tadi. Bila pertama kali dengar suara anak sendiri, bergenang air mata kami jadinya. Betullah orang cakap perasaan itu (jadi bapa) tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya terharu bercampur gembira sampaikan menangis.

Sudah setahun lima bulan kami berkahwin dan sudah tentu semua pasangan mahu zuriat sendiri. Walaupun Leez pernah mengalami keguguran sekali sebelum ini tapi alhamdulillah akhirnya kami mendapat zuriat pada kali ini

leez rosli

Semoga dengan kehadiran Nur Safiyya Alisha akan menceriakan lagi kehidupan Aepul dan Leez. Tahniah diucapkan sekali lagi. Sumber Mstar Online.

Written by Bella | July 5th, 2015

Hari ini menerusi rancangan hiburan sensi Melodi melaporkan pasangan Leez Rosli dan Aepul Drama Band terpaska menerima berita sedih apabila doktor mengesahkan bahawa kandungan yang dibawa oleh Leez keguguran.

Jelas Leez, beliau tidak sedar sedang berbadan dua dan menjalani aktiviti seharian seperti biasa tetapi hasil pemeriksaan kandungannya itu tidak mempunyai harapan lagi.

Kami tak rancang. Saya pun tidak sedar tengah mengandung dan buat aktiviti harian seperti biasa tapi tidaklah sampai jatuh. Bila check dengan doktor, doktor kata memang tidak ada harapan.

Buat Aepul pula, beliau redha dengan ketentuan takdir tetapi tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat lagi selepas ini.

Nak ikut masa awal-awal tahu yang Leez mengandung, memang happy tapi bila doktor kata dah keguguran, kami redha. Kita tak akan putus asa. Kena ‘kerja’ lebih kuat lagi.

Leez Rosli dan Aepul mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati, KL.

Sumber Berita: Rotikaya

 

Written by Bella | February 12th, 2015

Leez Rosli yang kini sudah bergelar isteri kepada Aepul Drama Band pada Disember 2014 telah meluahkan hasrat beliau sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu dan berharap agar rezeki memihak kepada mereka lebih awal.

Kami memang mahu anak, kalau boleh awal. Cuma belum ada rezeki lagi sekarang.

Berkongsi mengenai kisah perkenalan beliau bersama Aepul, ianya bermula apabila mereka bertentangan mata buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program di Johor Bahru sekitar tahun 2012. Mereka menjadi rapat selepas Leez menjadi salah satu model bagi muzik video kumpulan Drama Band.

Memang kami tidak pernah kenal sebelum ini, ternyata pertemuan kali pertama itu sedikit merapatkan hubungan kami yang bermula sebagai rakan. Selepas itu kami berdua semakin rapat apabila dia meminta saya menjadi model untuk video klip kumpulannya.

Sifat memahami  Aepul membuatkan beliau istimewa di mata Leez .

Dia adalah seorang yang memahami, saya boleh kongsi macam-macam dengannya.

Rupa paras bukan ukuran untuk mencapai kebahgiaan dalam rumah tangga. Sifat tolak ansur dan saling memahami kehendak pasangan adala kunci utamanya. Mengikat lagi rasa sayang adalah apabila mula mendapat cahaya mata. Semoga hasrat Leez dan Aepul untuk menimang cahaya mata dimakbulkan.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by AbangNara | February 10th, 2015

Telah berkahwin pada bulan Disember 2014, majlis resepsi Leez Rosli dan Aepul Drama Band telah pun berlangsung hujung minggu lalu. Kedua-dua pasangan pengantin baru ini kelihatan cantik berseri-seri serta sama cantik sama padan. Suka Abang Nara melihat mereka berdua lebih-lebih lagi selepas Leez bertudung sepenuhnya. Memang makin ayu!!!

leez aepul

Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai. Tahniah sekali lagi kepada Leez dan Aepul. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit EyeLensGallery.