January 21st, 2015

Alhamdulillah. Baru beberapa hari lepas Abang Nara kongsikan beberapa gambar Leez Rosli yang tampak lebih ayu bertudung, hari ini pelakon itu telah mengesahkan yang dirinya telah pun berhijrah dan kini bertudung sepenuhnya. Satu perubahan yang amat bagus. Pastinya orang yang paling gembira dengan perubahan ini adalah suami Leez iaitu Aepul daripada kumpulan Drama Band.

leez rosli bertudung

Berita gembira ini telah pun dikongsi oleh Leez sendiri menerusi akaun Instagramnya.

leez rosli bertudung

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Leez. Semoga semakin tenang, dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan untuk terus istiqamah. Sama-samalah kita doakan. Amin.

Advertisement
January 19th, 2015

Kata orang, lepas berkahwin sememangnya akan ada perubahan dalam hidup. Iyerlah, dulu seorang kini berdua. Hidup pun terasa lebih sempurna. Semalam ketika AJL29, telah dipaparkan gambar Leez Rosli dan suaminya, Aepul Drama Band. Apa yang menariknya penampilan Leez pada malam itu ialah dengan imej bertudung. Tertarik melihat perubahan tersebut, Abang Nara dengan segeranya telah ‘stalk’ Instagram Leez Rosli.
leez rosli bertudungGambar-gambar terbaru yang dikongsikan oleh Leez Rosli jelas menunjukkan yang dirinya kini tampil dengan imej bertudung. Memang makin comel dan cantik. Untunglah Aepul mendapat isteri yang memahami tanggungjawab. Namun tidak diketahui sama ada Leez sudah berubah sepenuhnya atau masih dalam fasa percubaan. Apa-apa pun, ini adalah satu permulaan yang baik.
leez rosli bertudung

Semoga Leez Rosli terus istiqamah dalam bertudung. Semenjak dua menjak ini memang makin ramai selebriti muda yang berubah ke arah menjadi muslimah yang lebih bagus. Semoga ia akan menjadi contoh kepada gadis-gadis di luar sana. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Pertemuan menyayat hati selepas 24 tahun terpisah diculik

leez rosli bertudung
leez rosli bertudung
leez rosli bertudung

leez rosli bertudung
leez rosli bertudung

Advertisement