Written by Bella | November 30th, 2016

Insiden telefon bimbit Ayda Jebat dirampas oleh seorang pengawal peribadi ketika ingin selfie bersama bintang rancangan popular Running Man, Lee Kwang Soo  mendapat perhatian ramai. Malah, video detik-detik telefon Ayda dirampas sudah viral.

Ayda dan peminat beliau tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan pelbagai komen serta spekulasi berhubung isu berkenaan hangat diperkatakan sehingga hari ini.

Namun, seorang individu dengan nama Abdullah Aziri Pauzi menerusi akaun Facebooknya telah menjelaskan perkara sebenar mengapa telefon bimbit Ayda dirampas.

Difahamkan, kesemua selebriti yang terlibat didalam acara Running Man Challenge Malaysia, termasuk Ayda Jebat telah dilarang untuk mengambil gambar ataupun selfie bersama Lee Kwang Soo seperti yang termaktub di dalam kontrak yang ditandatangani oleh pihak penganjur iaitu 100 Plus dan Sony. Hanya jurugambar rasmi sahaja yang dibenarkan untuk mengambil foto ataupun video Lee Kwang Soo.

Penjelasan Mejah:-

Dalam kontrak yang ditanda tangani oleh pihak penganjur ( 100 Plus dan SONY), kontrak itu secara jelass menyebut bahawa hanya official photographer dan videographer sahaja yang dibenarkan untuk merakan gambar/video.

Even, before the event itself, kesemua selebriti-termasuk Ayda Jebat, Ajak Shiro, Shahrul Ridzuan, Hafiz Syahrin Pescao55 dan suami Hanis Zalikha (aku tak ingat nama dia apa) dan di brief oleh pihak penganjur bahawa selfie atau gambar tak boleh diambil.

Tindakan Ayda Jebat sebenarnya selfish, dan sebenarnya dia dan pihak penganjur berkemungkinan boleh disaman atau didenda oleh kompeni yang menguruskan Lee Kwang Soo akibat tindakan mahu selfie tersebut.

Mungkin ada yang mempertikaikan mengapa Ajak Shiro sempat selfie. Hi ini mungkin kerana, dia bernasib baik dan mendapat rezeki kerana terlepas dari pandangan body guard yang menjaga Lee Kwang Soo.

Kesimpulannya, jangan marah penganjur. Jangan marah body guard.

 

Nampaknya perkara ini sudah dijelaskan. Harapnya selepas ini tiada lagi spekulasi lain yang timbul. Mungkin Ayda Jebat boleh memberikan komen mengenai penjelasan ini.

Sumber Berita : Facebook Abdullah Aziri Pauzi

Written by Bella | November 28th, 2016

Kehadiran bintang Korea, Lee Kwang Soo bagi menjayakan program Running Man Challenge Malaysia yang  berlangsung pada 26 November lepas memang dinantikan ramai.

Tentu sahaja anda akan merasa teruja apabila bertemu dengan bintang pujaan anda dan semestinya ingin bergambar sebagai kenangan. Betul tak?

Namun, nasib Ayda kali ini agak berbeza apabila telefon bimbitnya dirampas ketika ingin selfie bersama Lee Kwang Soo.

Ayda juga ada meluahkan kekecewaannya itu menerusi akaun Twitternya.

Pada awalnya, Ayda serta rakan artis lain Saharul Ridzwan, Ajak Shiro dan Hairul Azreen sudah bersedia untuk bergambar dengan Lee Kwang Soo. Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang dipercayai bertugas sebagai pengawal peribadi dengan pantas merampas telefon bimbit Ayda.

Buat seketika semuanya tergamam dan terkejut dengan insiden tersebut. Walaubagaimanapun, Lee Kwang Soo secara “gentleman” telah mengambil semula telefom bimbit berkenaan daripada pengawal peribadi  tersebut dan memulangkan semula kepada Ayda.

Alahai kesian pula kami dengan Ayda Jebat dimalukan ketika berada di atas pentas. Takkanlah pengawal peribadi itu tidak sedar bahawa Ayda adalah selebriti yang turut menjayakan program berkenaan. Memang tidak profesional.