February 20th, 2012

Marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Latiff Ibrahim yang telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 6.10 petang tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara(IJN). Allahyarham berumur 62 tahun.

latiff ibrahim meninggal dunia

Adik Latiff Ibrahim, Khatijah Ibrahim menyatakan yang Allahyarham akan dikebumikan malam ini. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

December 22nd, 2011

Pelakon dan penyanyi veteran, Latiff Ibrahim dikatakan menghadapi serangan jantung, sedang kritikal tetapi stabil oleh penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim . Dia kini berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) sejak Ahad lalu, seperti dilaporkan oleh Mstar Online.

Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.

Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN.

Menurut Khatijah lagi, ini ialah kali kedua Latiff dimasukkan ke IJN:

Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung.

Tambahnya lagi, pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN. Marilah kita bersama-sama mendoakan beliau agar sembuh segera. Amin.