August 16th, 2016

Populariti anak Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana tidak boleh disangkal lagi.  Lara bukan sahaja mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram tetapi dihujani dengan pelbagai tawaran dan terbaru beliau sudah ada program realiti sendiri iaitu Lara Oh Lara.

Berbicara mengenai anaknya itu, Awal berkata beliau dan isteri banyak menumpang rezeki Lara. Walaubagaimanapun, Awal hanya akan mengambil tawaran yang bersesuaian dengan Lara sahaja.

Alhamdulillah, rezeki dia mencurah-curah dan kami pun menumpang sahaja. Tapi saya hanya ambil yang bersesuaian dan tidak menganggu pembesaran dia seperti kanak-kanak lain.

Awal juga sering berkongsi video terbaru Lara kepada umum dan sedar kadang-kadang ada segelintir pihak yang akan mengkritik cara beliau membesarkan Lara dan macam-macam lagi.

Namun, Awal memberitahu beliau tidak pernah rimas dengan kritikan orang ramai. Buat Awal jika ramai yang menegur bermakna ramai juga yang menyayangi Lara.

Kadang-kadang ada yang marah-marah dan bagitahu sesuatu cara yang saya lakukan adalah salah dan jangan buat begitu. Mereka terlalu perihatin dengan apa sahaja yang saya buat terhadap Lara.

Saya tidak rimas tetapi bersyukur kerana ramai yang sayangkan dia. Cuma saya sedar dalam ramai-ramai ada juga yang tidak sukakan dia, biasalah tidak semua orang suka cara kita.

Setiap ibu bapa ada cara mereka tersendiri untuk membesarkan anak mereka. Mungkin pada kita apa yang Awal lakukan tidak betul tetapi buat beliau mungkin ada kebaikan buat Lara. Sekurang-kurangnya Lara sudah ada pendapat beliau sendiri demi masa depan beliau nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
April 4th, 2016

Mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut di Instagram, anak kepada Awal Ashaari iaitu Lara Alana telah tercalon dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular ABPBH 29.

Namun Awal nyata terkejut dengan mendengar berita tersebut kerana beliau sebenarnya tidak pernah mempromosikan anaknya itu.

Sebelum ini Lara pernah tercalon dalam kategori online untuk Anugerah Influence Asia 2015, tetapi saya tidak pernah mempromosikan untuknya apatah lagi meminta peminat mengundi. Ini kerana saya tak tergamak nak berbuat demikian. Instagram itu bukannya Lara, tetapi saya. Apabila perkara itu berlaku seolah-olah saya pula yang tercalon.

Awal juga memberitahu beliau merasa bersalah apabila Instagram Lara semakin mendapat perhatian ramai. Ini kerana tujuan asal beliau membuka akaun laman sosial berkenaan adalah untuk suka-suka sahaja dan tiada sebab untuk Awal merasa bangga dengan pencalonan tersebut.

Lara bukannya selebriti, sebaliknya hanya anak kepada selebriti. Jadi tidak sesuai kalau nak menggelarnya begitu.

Apabila perkara ini sudah sampai ke tahap dia dicalonkan di acara anugerah, timbul rasa bersalah dan takut pula. Bukan apa, saya takut orang memandang serius kewujudan akaun Instagram Lara itu. Ramai ingat apa yang ditulis itu daripada Lara sehingga berlakunya pergaduhan sesama mereka di ruangan komen.

Lara dikenali kerana saya mewujudkan akaun laman sosial untuknya. Jadi tidak ada sebab untuk saya bangga atau mendabik dada. Lara masih sama seperti kanak-kanak lain.

Secara automatik, bila seseorang itu popular di media sosial pasti mereka akan jadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi Lara yang merupakan anak kepada pasangan selebriti.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement