Written by AbangNara | March 21st, 2019

Hidup di sebuah bandaraya seperti Kuala Lumpur cukup memenatkan terutamanya untuk golongan wanita. Seawal 6 pagi dah kena bangun bersiap-siap untuk ke pejabat. Sekiranya tiada ‘overtime’, paling awal boleh merehatkan diri di rumah pun selambat jam 8 malam. Akibatnya, kita menjadi lemah tak bermaya, cepat marah-marah dan paling menakutkan, kulit wajah nampak lesu serta lebih tua dari usia sebenar.

lanegne

umur baru 25, tapi kulit macam dah 45. Tak ke sedih?

Semua wanita pastinya memasang Impian untuk mendapatkan kulit yang berseri-seri tampak seperti satu mimpi. Hari ini, kami akan kongsikan cara-cara MUDAH untuk menjadikan mimpi itu satu realiti. Silap-silap kulit wajah anda akan secantik bidadari.

1. Potong gula

Langkah pertama harus dibuat oleh seseorang wanita untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik adalah memotong gula di dalam makanan dan minuman. No more air sirap, no more air tin berkarbonat, no more teh tarik dan bila memasak, jangan tambah gula. Gula ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang sumbangan nutrisi kepada badan kita melainkan kalori. Ia hanya akan menyebabkan lemak kita tepu, pengaliran darah tersekat dan meningkatkan lagi kolestrol. Semua ini memberi impak negatif kepada kesihatan kulit wajah kita.

laneigneSebagai permulaan, cuba potong gula selama sebulan terlebih dahulu. Dua minggu pertama anda mungkin akan rasa resah dan ‘moody’. Ini adalah satu simptom biasa kerana badan kita cuba menyesuaikan diri dengan ketiadaan gula tambahan di dalam badan. Selepas itu, anda akan nampak perubahan yang amat ketara, bukan sahaja pada kulit muka, malah kepada kesihatan anda secara keseluruhan. Untuk kesan yang lebih efektif, elakkan juga makanan berminyak, banyakkan makan sayur-sayuran dan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

2. Gunakan Tone Up pada wajah sebelum keluar rumah

Pencemaran udara, asap kereta serta pendedahan kepada sinaran UV matahari adalah salah satu punca kulit wajah kita menjadi tidak sihat. Sebenarnya mudah sahaja untuk kita melindungi kulit wajah kita daripada anasir-anasir jahat ini. Kita cuma perlu gunakan Tone Up sebelum keluar dari rumah. Kebiasaannya, Tone Up diapplikasikan ke wajah kita selepas mencuci muka dan sebelum memakai foundation untuk make up. Persoalannya, Tone Up mana yang paling efektif dan terbaik untuk penjagaan kulit sepanjang hari?

tone up laneige

Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah LANEIGE’s NEW White Dew Tone Up Fluid yang mengandungi SPF35 PA++ untuk melindungi kulit wajah kita daripada sinar UV matahari serta udara tercemar sambil memastikan ia sentiasa lembap sepanjang masa. Bukan itu sahaja, LANEIGE’s NEW White Dew Tone Up Fluid juga mencerahkan lagi warna kulit, melembapkan kulit dari dalam, mengurangkan bintik-bintik hitam dan menghalang penuaan kulit. Senang cakap, kulit wajah kita mula tampak sempurna selepas 8 minggu menggunakan produk terbaru Laneige yang diformulasikan dengan LANEIGE Water Science ini.
tone up laneige

Lebih mengkagumkan LANEIGE’s NEW White Dew Tone Up Fluid ini memberikan perlindungan 8 lapisan selama 8 jam. Ia bertindak sebagai perisai bagi menghalang bakteria-bakteria, bahan-bahan tercemar dan kotoran di udara daripada hinggap di wajah anda. Selain itu, ia turut mengandungi ekstrak Saururus Chinensis yang memastikan kulit anda nampak berseri-seri sepanjang hari. Senang cakap, kesihatan kulit wajah anda pasti terjamin sekiranya setiap pagi sebelum pergi kerja anda menggunakan LANEIGE’s NEW White Dew Tone Up Fluid ini.

Sudah tentu LANEIGE’s NEW White Dew Tone Up Fluid ini tidak mengandungi sebarang bahan-bahan berbahaya. Ia diperbuat 100% daripada bahan semulajadi dan yang tidak akan merosakkan kulit anda. Cara menggunakannya pun senang sangat. Selepas cuci muka dan melakukan rutin penjagaan kulit anda, cuma perlu picit sedikit LANEIGE’s NEW White Dew Tone Up Fluid ke jari anda dan ratakannya ke seluruh wajah. Ia akan menyerap dengan segara tanpa menimbulkan rasa gatal-gatal pada kulit anda. Natural all the way!!!
laneigeJadi sekiranya anda mempunyai masalah kulit lesu, tidak berseri-seri dan nampak tua dari usia, inilah masa terbaik untuk mencuba LANEIGE’s NEW White Dew Tone Up Fluid. Maklumat lanjut boleh layari www.laneige.com.

3. Tidur yang secukupnya
laneigeTidur yang cukuplah amat penting untuk badan dan kulit kita mendapat rehat yang secukupnya. Ketika kita tidur, kulit badan akan dirawat dan sel-selnya diperbaharui. Bila tidur tak cukup, itu yang sembam je muka. Jumlah tidur yang ideal iaitu 8 jam sehari namun jika tidur malam anda sering diganggu dengan tangisan anak, boleh cuba tidur siang dalam sejam dua. Kalau tak dapat 8 jam sehari pun tak apa, yang penting tidur itu mesti berkualiti. Deep sleep omputih kata.

4. Keluarkan peluh 3 kali seminggu
laneigePeredaran darah yang lancar memastikan kulit wajah kita mendapat nutrisi yang selengkapnya. Sebab itulah kita kena keluarkan peluh sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama setengah jam setiap kali agar jantung kita sentiasa sihat, sekaligus dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Tak kiralah anda nak bersenam ke, berlari ke, zumba ke, yoga ke, main dengan anak ke, yang penting peluh di dalam badan wajib dikeluarkan.

5. Sentiasa berfikiran positif & elakkan stres
laneigeStres yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula mengambil tempat pada kulit wajah. Untuk menggalakkan kulit dan kesihatan yang baik, sentiasa berfikiran positif walaupun apa jua masalah mendatang. Nak impak yang lebih bagus, banyakkan tersenyum. Kalau ada benda-benda negatif, cuba abaikan. Paling penting, jangan simpan masalah seorang diri, sebaliknya kongsi dan ceritakan dengan kawan rapat anda. Mudah je kan?