Written by Bella | March 25th, 2015

Pelakon seksi dan tidak lekang daripada kontroversi percintaan, Lana Nodin akhirnya bakal menamatkan zaman solo dengan seorang jejaka Barat, David Mckienzie pada tanggal 15 Mei depan.

Lana mula berkenalan dengan David yang merupakan seorang atlet  apabila aktres itu menghadiri sebuah acara sukan di Singapura. Melihat pada kesungguhan David  beliau mula membuka hati untuk mengenalinya dengan lebih dalam lagi.

Saya mengenali David di Singapura ketika dia menyertai sebuah acara sukan di sana.  Dua hari berkenalan, David terus menghubungi saya dan memberitahu keinginannya untuk berkawan lebih rapat.

Masa itu saya terus beritahu kepada David saya mahu mencari teman serius dan dia telah buktikan.

Jelas Lana lagi, lelaki yang mempunyai darah kacukan Irish dan Filipina itu sering bersifat  jujur, tidak meminum arak dan menepati ciri-ciri yang memikat dirinya.

Sebenarnya David ni seorang lelaki yang jujur, berterus-terang dan lurus bendul.  Lebih menarik tentang dia, walaupun dia seorang lelaki Inggeris dia tidak merokok dan minum arak. Itu antara ciri pada diri dia yang memikat saya.

David juga memiliki ciri-ciri lelaki Asia kerana ibunya berbangsa Fillipina dan yang paling menyenangkan David sudah biasa dengan makanan Asia.

Tidak kisahlah jika bakal suami Lana Nodin orang Melayu ataupun tidak, apa yang penting selepas ini anda berdua harus menjaga rumah tangga yang bakal dibina dengan baik. Lagipun, tidak sukar untuk suami beliau menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat di Asia kan? Tahniah kepada Lana dan David. Jangan lupa jemput kami. Hehe

Sumber Berita: Astro Gempak

Written by Bella | March 19th, 2015

Siapa yang tidak kenal dengan aktres penuh dengan kontroversi dan terkenal dengan imej seksinya Lana Nodin. Pernah menjadi tumpuan media sewaktu bercinta dengan aktor Johan As’ari hanya selepas tiga hari berkenalan dan kemudiannya putus beliau  tidak lama sahaja lagi bakal menamatkan zaman bujang.

Lana Nodin akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur bagi mengumumkan perkahwinan pada hari Rabu depan. Pasti ramai tertanya-tanya bilakah tarikh perkahwinan dan siapakah jejaka bertuah yang berjaya mencuri hati Pamela Anderson Malaysia ini.

Aktres ini juga turut digelar Pamela Anderson Malaysia dan pernah bercinta dengan jejaka Barat serta VIP. Sememangnya Lana Nodin mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan sudah sampai usia yang sepatutnya untuk mendirikan rumahtangga. Berdasarkan informasi, tarikh majlis perkahwinan yang dirancang ialah pada Mei tahun ini.

Wah, betul ke Lana Nodin hendak berkahwin? Baguslah, selepas ini tiada lagi gosip atau kontroversi panas kan. Kata orang, tak perlu bercinta lama-lama. Lepas ini, kena lah jaga imej kan supaya ia lebih baik. Nantikan siapakah jejaka yang berjaya mencuri hati Lana nanti.

Sumber Berita: Berita Harian