Written by Bella | August 20th, 2019

Nampaknya filem animasi BoboiBoy Movie 2 terus mendapat sambutan yang hangat. Baru 11 hari ditayangkan di pawagam, filem tesebut telah pun berjaya meraih kutipan sebanyak RM 21 juta.

Berita itu dikongsikan menerusi akaun Instagram Astro Shaw. Ia sememangnya satu jumlah kutipan yang besar dan mengagumkan buat filem animasi tempatan.

Untuk makluman, filem BoBoiBoy yang pertama mengambil masa sehingga 56 hari untuk mencapai kutipan RM15.8 juta, berbeza dengan filem kali ini yang memerlukan masa hanya lapan hari sahaja. Memang hebat sekali!

Rata-rata penonton yang sudah menyaksikan filem ini memberikan maklum balas positif. BoBoiBoy 2 mempunyai jalan cerita yang ‘best’, padat dengan aksi dengan mesej yang baik dan grafik berkualiti tinggi. Memang filem hebat dan wajib tonton! Jom sama-sama kita menyokong industri filem tempatan. Tahniah kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan filem BoboiBoy Movie 2.

Written by AbangNara | August 13th, 2019

Wow. Ternyata pengaruh BoboiBoy terlalu hebat terutama di musim cuti sekolah ini apabila mencatatkan kutipan yang amat memberangsangkan sekali. Baru 5 hari di pawagam, animasi terbitan Astro Shaw dan Animosta Studios ini telah pun mengutip RM9.9 juta dengan jumlah penonton seramai 763,000 orang. Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas menjayakan animasi tempatan ini.

kutipan boboiboy movie 2

Untuk makluman, filem BoboiBoy yang pertama telah mengambil masa 13 hari untuk mendapatkan jumlah kutipan yang sama. Jadi ini satu peningkatan yang sangat mengkagumkan. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak:-

Filem BoBoiBoy yang pertama memerlukan 13 hari untuk mendapat jumlah yang sama. Ini menunjukkan penonton di Malaysia sudah menerima dan menyokong animasi tempatan. Jutaan terima kasih kepada yang telah menonton dan memberikan komen dan ulasan yang sangat positif. Ia hadir dalam pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat. Harapnya trend positif ini akan berterusan dan lebih ramai penonton akan dapat berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan

boboi bouy

Anak buah Abang Nara seramai 16 orang telah pun menonton Boboiboy Movie 2 ini pada hujung minggu lepas. Memang best katanya. Kelakar, bermutu tinggi dan ada pengajaran. Memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Jadi sekiranya anda belum menonton, bolehlah bawa anak-anak. Sama-sama kita menyokong industri filem tempatan. Tahniah sekali lagi kepada BoboiBoy atas kutipan hebat ini.