Written by Bella | April 2nd, 2019

Empat tahun menanti tetapi hasrat pelakon berbakat, Nabila Huda untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila mengalami pendarahan yang teruk menyebabkan beliau keguguran.

Berita itu dikongsikan oleh Abil sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam. Mengakui sedih dengan apa yang berlaku, Abil bagaimanapun tetap positif dan redha dengan ketentuan takdir.

View this post on Instagram

Tadi scroll up and down album kat Phone nampak video ni.. Terus I Nak share la precious moment yang I rahsia kan dengan korang. Masa abil tau positive , abil excited sangat Nak share berita ni kat korang ! Tapi macam Nak surprise lambat sikit. Ini lah Moment yang paling sweet , happy sedih semua adalah.. All in one! I’ve been waiting for this almost 4 years.. But too bad, Saya bleeding teruk until today and dah Pergi amik blood test again, dapat result and it’s not there anymore.. Takde rezeki lagi la ni. Allah Nak bagi chance Saya honeymoon lagi agaknya! Yes,Ofcourse Saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, Kenapa Nak kena bersedih Dan menangis sedangkan orang Yang sentiasa membahagiakan kite , ada depan mata. Mereka Masih ada. Lebih baik hargai waktu Yang ada ni sepuas-puasnya ! At least dapat jugak kami berdua rasa moment “mom and dad to be” kejap..Jadi la eh.. hihi ! So now..games onz tak sisz @kidweebee ? 😝

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Rata-rata netizen sebak melihat video ‘throwback’ yang dimuat naik oleh Abil saat beliau memberitahu anak sulungnya, Keisha Laila bahawa beliau sedang hamil. Tanpa sedar, ramai yang mengalirkan air mata bila lihat betapa gembiranya Keisha mengetahui ibunya hamil.

Bertabahlah Abil, inshaAllah selepas ini ada rezeki anda dan suami untuk menimang cahaya mata. Jangan mudah putus asa.