October 16th, 2020

Umpama seperti bermain bola sepak tapi bola tiada, begitulah reaksi Jep Sepahtu apabila rancangan Sepahtu Reunion Live bakal kembali namun kali ini tanpa kehadiran penonton akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak rabu lalu.

Setelah sekian lama berehat, program kegemaran penonton itu bakal tampil dengan musim terbaru namun masih mengekalkan barisan pelawak yang sama seperti Jep, Syuk, Rahim, Shuib, Ilya dan ramai lagi tetamu jemputan yang bertindak sebagai cameo dalam setiap siri.

Ketika ditanyakan mengenai berita tersebut, bintang utama Sepahtu Reunion Live, Jep memberitahu bahawa perkara itu secara tidak langsung telah memberikan pengalaman baru buat dirinya sepanjang bergelar pelawak.

Dia berkongsi perasaan teruja tersebut menerusi ruangan Instagramnya baru-baru ini. Jep juga dilihat rajin melayan soalan peminat di ruangan komen.

Dalam pada itu, Jep sempat menjelaskan bahawa membuat lawak ketika ketiadaan penonton semasa sesi rakaman secara langsung adalah berbeza jika ianya dirakam sebelum ditayangkan.

Para peminat dilihat turut mendoakan serta tampil memberikan kata-kata semangat buat semua kru serta rakan artis yang terlibat dalam penggambaran program tersebut.

Sepahtu Reunion Live bakal bersiaran setiap Khamis di saluran berbayar Astro Warna dan juga Astro Warna HD (127 dan 104) jam 9.00 malam.

February 7th, 2015

Di saat semua orang sedang bergembira dengan pencapaian peserta kegemaran masing-masing di Maharaja Lawak Mega 2014 semalam, ada berita kurang menggembirakan untuk peminat Nabil dan Sepahtu. Nabil telah mengumumkan yang MLM2014 adalah MLM terakhir buat dirinya sementara Sepahtu pula memaklumkan yang akan berehat sebentar daripada rancangan ini. Pastinya sedikit sebanyak MLM akan hilang serinya tahun hadapan tanpa kehadiran mereka berdua.

sepahtu tarik diri dari mlm Namun Abang Nara memahami keputusan yang diambil oleh Nabil dan Sepahtu. Penat sebenarnya memerah keringat untuk membuat lawak setiap minggu. Bukan satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi untuk Nabil yang beraksi secara bersendirian. Keputusan ini bagaimanapun sedikit sebanyak memberi peluang kepada pelawak-pelawak lain untuk muncul menunjukkan bakat mereka. Lagipun kalau selalu sangat keluar tv orang bosan juga kan?
sepahtu tarik diri dari mlm

Apa pun all the best dan tahniah diucapkan kepada Nabil dan Sepahtu atas lawak yang dipertontonkan sepanjang MLM2014. Secara jujur, feveret Abang Nara memang Sepahtu. Lawak mereka memang klasik. Sambil duduk je boleh buat perut orang kejang kerana gelakkan lawak mereka. Stail Sepahtu memang kena dengan jiwa Abang Nara.

January 31st, 2015

Malam semalam menyaksikan tiada kejutan besar yang berlaku apabila nama kumpulan Virus diumumkan sebagai kumpulan yang tersingkir dan gagal memasuki peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2014. Keputusan yang diumumkan oleh Nur Fazura itu sudah boleh dijangka kerana persembahan kumpulan Virus sekali lagi mengecewakan minggu ini. Kalau minggu lepas mereka diselamatkan dengan ketiadaan penyingkiran, kali ini nasib mereka tidak lagi sebertuah itu.
virus Tema minggu ini ialah ‘props’ dan loghat. Secara jujur, penyingkiran Virus adalah wajar berdasarkan prestasi semasa. Apa pun penyingkiran ini jelas membuktikan para penonton dan pengundi kini lebih mementingkan kualiti berbanding populariti. Kalau lawak dan persembahan tak ke mana, populariti tidak akan membantu. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua.
virus Dengan penyingkiran Virus, 5 peserta yang akan bertarung di peringkat akhir MLM2014 minggu hadapan ialah Shiro, Bocey, Zero, Sepahtu dan Nabil. Good luck and all the best diucapkan. Diharap dapat berikan persembahan yang terbaik minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan.