Written by AbangNara | December 23rd, 2010

tshirt pramlee

Maafkan kami sebab tak sempat nak snap gambar T-Shirt P.Ramlee daripada Astro. Tapi korang jangan bimbang, T-Shirt dia memang awesome. Ada warna hitam dan ada warna putih. Kalau korang pakai memang akan lebih terserlah kekacakan dan kecantikan. Kalau kurang cantik atau kurang cantik, kemanisan anda dijamin akan naik 100%.

Baiklah macam mana korang boleh menang T-Shirt nie? Ada lah dekat 10 T-Shirt P. Ramlee untuk dimenangi. Senang ajer caranya. First thing first, kena pergi like Facebook BeautifullNara dan Facebook Astro dulu. Dah like? Ok bagus. Korang memang menurut kata. Sekarang nie lengkapkan sahaja ayat di bawah nie di ruangan komen:-

[note]Kalaulah P. Ramlee masih hidup sekarang, pastinya dia akan… [/note]

Pastikan korang komen menggunakan email Facebook korang. Senang sikit nak check betul ke tidak korang dah like Facebook BeautifulNara dan Facebook Astro. Dan yang paling penting, senang sikit nak email korang kalau korang menang nanti. Pengkomen yang paling kreatif akan dapat T-Shirt nie.

Untuk makluman, ada lebih kurang 10 T-Shirt P.Ramlee untuk dimenangi. Apa tunggu lagi? Komen jangan tak komen.

Written by AbangNara | October 27th, 2010

gambar konsert malam p ramlee

Sebenarnya baru-baru ini kami telah dapat dijemput untuk melihat rakaman konsert Tribute to P.Ramlee anjuran pihak Astro. Sayangnya kami melekat di kesesakan lalu lintas yang sangat teruk bila nak balik ke KL dari Penang. Nampaknya bukan rezeki kami untuk melihat kehebatan Yuna, Azlan, Aizad, Altimet dan ramai lagi menyanyikan kembali lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee.

Tapi nampaknya kami tak perlu risau kerana rakaman konsert ini bakal ditayangkan di Astro Ria pada hari Ahad ini, 31 Oktober jam 9 malam. Confirm kami akan tercongok di depan Tv untuk menikmati kehebatan Amy Search dan Ella menyanyikan balik lagu Allahyarham. Dengar cerita daripada Redmummy yang pergi ke konsert tersebut, persembahan mereka semuanya hebat-hebat belaka.

Lagi gambar sekitar malam konsert P. Ramlee dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kalau nak tengok suasana masa konsert, boleh gi tengok kat blog makcik Merah.

Update: Dah dapat info tayangan dari Astro tentang P.Ramlee nie. Sila baca kat bawah:-

[note]PRAMLEE HD (saluran 188) yang akan memaparkan Konsert Penghargaan P Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti dalam definisi tinggi yang boleh dinikmati oleh semua pelanggan Astro B.yond tanpa sebarang kos tambahan dari 29 Oktober 2010; jam 21:00 sehingga 31 Oktober 2010; jam 23:59 (3 hari tanpa henti).[/note]

[note]Konsert P Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti juga akan bersiaran serentak di dua buah saluran lain iaitu Astro Ria (saluran 104) dan HISTORY HD (saluran 575) pada 29 Oktober 2010 kelak serta ulangannya di HISTORY (saluran 555) pada 30 Oktober 2010.[/note]

[note]Selain itu, sebuah dokumentari istimewa yang akan mengupas tentang seorang insan seni bergelar P Ramlee juga akan disiarkan buat pertama kali menerusi saluran HISTORYâ„¢ (555) pada 31 Oktober 2010 pada 9 malam.[/note]

 
Written by AbangNara | October 20th, 2010

// Skroll ke bawah untuk membaca artikel baru//

Aku nak hidup sampai 1000 tahun lagi

Itulah kata-kata keramat Allahyarham P. Ramlee kepada rakan-rakannya. Namun usia beliau tidak panjang apabila kembali kepadaNya ketika berusia semuda 44 tahun. Kini sudah sudah 37 tahun(beliau meninggal pada tahun 1973) seniman agung ini meninggalkan kita, namun kami percaya legasi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan berterusan sehingga 1000 tahun lagi.

p ramlee

Baru-baru ini kami ada menulis serba sedikit tentang Allahyarham P.Ramlee di dalam entri P.Ramlee, Lagenda Sepanjang Zaman Yang Takkan Dapat Ku Cari Ganti. Kali ini kami nak kongsikan dengan anda tentang beberapa perkara yang mungkin jarang diketahui ramai tentang Allahyarham P.Ramlee.

1.  P. Ramlee pernah belajar bermain alat muzik seperti biola, piano dan ukulele dengan tentera Jepun. Malah beliau juga sering menyertai konsert-konsert yang diadakan oleh tentera Jepun semasa Malaysia dijajah Jepun dulu. Kalau anda tengok filem Sarjan Hassan, semua dialog bahasa Jepun yang digunakan adalah tepat. Berkemungkinan besar P. Ramlee sempat belajar bahasa Jepun semasa zaman pemerintahan Jepun dahulu. Untuk makluman, P. Ramlee TIDAK pandai bermain saksofon walaupun sering kelihatan beliau meniup saksofon  dalam kebanyakan filemnya .

p ramlee

2. Filem terakhir lakonan Allahyarham P.Ramlee ialah filem Laksamana Do Re Mi. Manakala lagu terakhir ciptaannya ialah Ayer Mata Di Kuala Lumpur. Sepanjang hayat beliau, P. Ramlee telah berlakon atau mengarah sebanyak 66 buah filem. Filem arahan pertama beliau ialah Penarik Becha. Jumlah lagu nyanyian atau ciptaan beliau pula melebihi 350 buah lagu. Filem kegemaran kami ialah Ibu Mertuaku manakalah lagu kegemaran kami ialah Aci-Aci Buka Pintu. Dialog kegemaran kami ialah dari filem Ibu Mertuaku iaitu “Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan?.

p ramlee

3. Terlalu banyak anugerah yang telah dimenangi oleh Allahyarham P.Ramlee melalui pembabitannya di dalam bidang muzik dan filem. Antara yang terhebat ialah:-

(i) Anugerah Pelakon Paling Versatil di Festival Filem Asia di Tokyo menerusi filem Ibu Mertuaku

(ii) Anugerah Pelakon Filem Terbaik di Festival Filem Asia Keempat di Tokyo menerusi filem Anakku Sazali.

(iii) Filem Komedi Terbaik untuk filem Madu Tiga dan Nujum Pak Belalang masing-masing pada tahun 1963 dan 1964.

Walaupun Allahyarham tidak pernah langsung menerima sebarang didikan seni secara rasmi, namun bakat dan hasil usaha keras beliau menunjukkan yang kita boleh berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi selagi kita mahu berusaha.

p ramlee

Masih banyak lagi cerita-cerita di sebalik tabir, kisah suka duka Allahyarham dan fakta-fakta menarik yang ingin kami kongsikan tetapi sayangnya kami juga tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang Allahyarham. Namun begitu, bersempena dengan bulan Oktober sebagai bulan P. Ramlee, pihak Astro telah mengumpulkan segala apa yang anda ingin ketahui tentang Allahyarham di laman web www.astro.com.my/pramlee . Kami dah layari laman web tersebut dan sesungguhnya kami kagum dengan kesungguhan pihak Astro untuk mengenang segala jasa Allahyarham.

p ramlee

Untuk makluman, pihak Astro akan mengadakan Konsert Di Mana Kan Ku Cari Ganti sebagai tribute mengenang sumbangan Allahyarham P. Ramlee kepada dunia hiburan tanah air kita. Kami percaya anda akan teruja melihat nama-nama besar seperti Shahir, KRU, Aizad, Dayang dan ramai lagi bergabung menyanyikan lagu-lagu dendangan Allayarham di konsert tersebut. Mungkin video Di Mana Kan Ku Cari Ganti di bawah akan membuatkan anda lebih teruja.

Jangan lupa layari laman web Astro P. Ramlee untuk mengetahui lebih lanjut tentang Allahyarham. Semoga roh P.Ramlee ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.