April 11th, 2018

Aedy Ashraff telah menceburi bidang lakonan sejak zaman kanak-kanak lagi. Tidak hairan ramai peminat Aedy sudah lama meminatinya, membesar bersamanya sejak kecil.

Mungkin atas dasar itu, ramai gadis meninggalkan komen ‘patah hati’ dan bersedih apabila Aedy memuat naik gambarnya dengan seorang gadis yang didakwa kekasihnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Antara komen yang ditinggalkan oleh para gadis di Instagram:

Gadis yang dikatakan kekasih Aedy itu bernama Nasreen Khalil meletak kapsyen best friends pad gambarnya dengan Aedy di akaun Instagramnya hingga ada yang bertanya jika Nasreen telah friendzone Aedy. Bagaimanapun, Nasreen mengesahkan Aedy ialah kawan baik dan kekasihnya.

Diharap para gadis bertabah kerana Aedy kini telah dimiliki. Jangan ribut, kumbang bukan seekor bak kata orang. Masih ramai pemuda kacak dan single di luar sana untuk anda semua. Buat Aedy, semoga anda berdua berbahagia hingg ke jinjang pelamin. – beautifulnara.com

March 15th, 2018

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan, 45, membidas sesetengah wanita yang menghancurkan kebahagiaan wanita lain dengan menjadi perampas suami orang.

Kepada Harian Metro, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta berkata:

Saya bukannya menolak poligami tetapi kenapa kita tidak berhati-hati untuk mencari pasangan hidup dengan memilih lelaki yang masih bujang?

Bagi saya, orang yang menghancurkan hati wanita lain adalah golongan wanita juga.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Pada masa yang sama, Che Ta meminta golongan wanita yang suami mereka dirampas agar tidak bersedih atau merasa dunia sudah gelap:

Golongan wanita yang suaminya dirampas, jangan bersedih dan teruskan kehidupan dan jangan rasa dunia gelap.

Contohnya, saya sendiri pernah bercerai dan 10 tahun duduk di rumah dan tidak bekerja.

Saya reda dengan ujian Allah SWT dan kini digantikan yang lebih baik.

Che Ta berseloroh akan mengoyakkan mulut wanita yang cuba merampas suaminya:

Kalau berani cubalah tetapi setakat ini rumah tangga kami bahagia.

Sebelum ini, beberapa kali juga Che Ta pernah memuat naik status di Instagram berunsur sinis terhadap golongan perampas. So, siapa yang ada niat nak caras Zain Saidin dari Che Ta, jangan cuba-cuba, ya? – beautifulnara.com



January 16th, 2018

Pelakon jelita Fathia Latiff sebelum ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai industri hiburan, isu semasa dan isu politik. Bagaimanapun, komentar yang dibuat oleh Fathia tidak mendapat sambutan baik dari Netizen, yang selalunya menghentam Fathia atas kenyataan berbentuk kontroversi itu.

Terbaru, seorang pengguna Twitter mendakwa merasa terkejut kerana terlihat komen-komen yang dibuat Fathia di siaran langsung Instagram yang dibuat oleh Iqram Dinzly.


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Netizen memberi reaksi negatif atas komen-komen Fathia:


Sebelum ini, Fathia pernah membuat komen meminta polis membuat ujian urin untuk memastikan polis tidak khayal ketika kecoh Datuk Farid Kamil ditahan kerana menyerang anggota polis dan orang awam.

Ia adalah antara komen-komen berbaur provokatif dari Fathia setelah menerima kritikan ramai kerana menari dalam keadaan seksi dalam satu siaran Bigo Live beberapa bulan lepas.

Sebelum ini juga, penyanyi rap Caprice dalam satu video viral meminta agar semua pihak tidak memprovokasi Iqram kerana pelakon itu sebenarnya tidak sihat dan perlu rawatan pakar.beautifulnara.com

December 18th, 2017

Bila berlaku sesuatu yang buruk mengenai Palestin, ramai yang merasa marah, ini tidak dinafikan. Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah mengiktiraf Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara Israel, dan buat sekalian kalinya, McDonalds selaku rangkaian restoran makanan segera menjadi mangsa kemarahan rakyat Malaysia yang menyeru umat Islam memboikot McDonalds kerana didakwa menyalurkan dana kepada Israel.

Penyanyi rap Caprice telah tampil membidas pihak yang menyebarkan fitnah bahawa McDonalds menyalurkan dana ke arah penaklukan Palestin oleh Israel atau Zionisme.

Orang ramai telah menyebarkan khabar angin bahawa McDonalds mempunyai kaitan atau bertanggungjawab terhadap apa yang sedang berlaku di Jerusalem dan orang ramai telah menyebarkan bahawa kita semua perlu boikot McDonalds.

Akhirnya, video ini telah menjadi viral ( Caprice merujuk kepada video beberapa orang pemuda yang telah troll outlet pandu lalu McDonalds, enggan membayar setelah membuat pesanan).

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sekiranya anda mahu berjuang untuk satu tujuan, sekurang-kurangnya lakukanlah sedikit kajian. Inilah yang akan berlaku jika anda percaya khabar angin, anda akan melakukan perkara yang bodoh.

Sekiranya anda tidak tahu, hak pengoperasian McDonalds di Malaysia dan Singapura adalah dimiliki oleh sebuah syarikat bernama Lionhorn, yang dimiliki oleh dua orang individu warganegara Arab Saudi, iaitu Sheikh Fahd dan Abdul Rahman Alireza.

Betulkan saya jika saya salah, fitnah ialah satu jenayah yang serius dalam Islam. Ia lebih teruk dari membunuh. Untuk satu sebab, kita menyebarkan fitnah seolah-olah ia tak apa-apa? Tiada siapa yang bersuara untuk menentang pemfitnah?

Jika anda menyeru orang ramai memboikot McDonalds, anda sebenarnya tiada beza dengan Donald Trump. Donald Trump tak tahu apa-apa tentang Islam, sebab itu dia cakap benda bodoh, seperti pemuda-pemuda yang buat benda bodoh di outlet pandu-lalu Mcdonalds di Malaysia.

Video Caprice telah menjadi viral di Instagram dan Twitter.

Jika dikaji dengan lebih mendalam, Mcdonalds sebenarnya menentang penaklukan Israel di Palestin. Pada tahun 2013, McDonalds telah menolak cadangan untuk membuka cawangan restoran oleh pihak perbandaran wilayah yang ditakluki Israel di Ariel, Tebing Barat (West Bank) kerana ia tidak menyokong misi penaklukan Israel di Palestin, seperti yang dilaporkan pelbagai media asing, contohnya The Guardian. 

Baru-baru ini, McDonalds Malaysia telah membuat kenyataan bahawa ia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa badan bukan kerajaan dan individu yang menyebarkan fitnah bahawa McDonalds Malaysia telah menyalurkan dana untuk penaklukan Palestin kepada Israel, yang memberi impak buruk kepada staf McDonalds Malaysia.

Penulis faham anda berasa marah, tetapi menyalurkan kemarahan anda kepada pihak yang tidak kena mengena hanya memburukkan ekonomi Malaysia kerana McDonalds menyediakan peluang pekerjaan kepada belasan ribu orang, termasuk pelajar universiti dan orang kelainan upaya (OKU).

Salurkan kemarahan anda pada Israel Defence Forces (IDF) atau mendermalah kepada tabung Palestin, itu lebih afdal, tak gitu? –  beautifulnara.com