Written by AbangNara | June 8th, 2015

Zaman sekarang ini, dengan kemudahan Internet yang ada, tak boleh tidak mesti setiap hari kita akan update status Facebook, muatnaik gambar di Instagram dan berWhatsApp group tanpa henti. Orang kata kalau tak makan nasi tengah hari pun tak apa, asalkan boleh main Internet. Kalau yang jenis ketagih, tangan kanan suap nasi, tangan kiri pegang handphone tengok Facebook. Fuh!!!

klik dengna bijak

nie dah ketagih tahap gaban nie

Di Malaysia, ada beberapa perkara yang sering dilakukan oleh pengguna Internet yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Ada sesetengah tue berkongsi maklumat yang terlampau banyak (oversharing) sehingga boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan orang tersayang. Meh sini Abang Nara bagi contoh.

1. Check in lokasi

Kalau korang tengok kat Facebook, mesti ada kawan-kawan yang selalu check in lokasi. Contoh macam “Tengah makan-makan di Restoran Sambal Hijau”. Kalau tempat best, selalunya akan muat naik gambar sekali. Yang ini okay tak bahaya. Yang bahayanya bila kita check in di rumah/tempat tinggal/tempat sunyi dan tulis “dah kat rumah dah, malam nie tak ada orang. Saya tinggal sorang je”. Siapa tulis alamat penuh lagi.

Kalau ada orang jahat/pencuri/perompak yang baca status ini, tak ke mereka akan menjadikan kita sebagai mangsa? Senang sangat kerjanya. Alamat rumah dah tahu, lepas tue duduk sorang-sorang pulak. Memang mengundang bahaya betul. Orang kata memudahkan kerja si orang jahat pulak.

2. Kongsi maklumat peribadi

Yang ini tersangatlah bahaya. Abang Nara cukup marah bila orang share nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nama emak dan maklumat-maklumat peribadi yang lain. Kalau yang lagi over siap share gambar kad pengenalan lagi. Pergh!!! Ini memang berbahaya. Semua informasi ini boleh digunakan oleh orang lain untuk buat loan bank ke, pinjam along ke, buat akaun palsu dan macam-macam lagilah. Itu yang tiba-tiba kita baca ada kes tak pernah beli kereta tiba-tiba datang surat dari bank cakap loan dah tertunggak 3 bulan. Sebab oversharing macam nielah.

3. Share semua jenis berita tanpa buat penyelidikan

Ini selalu terjadi di Facebook dan Whatsapp. Kalau kat Facebook tue asal nampak tajuk menarik je, terus tekan butang share. Tak baca pun dulu isi kandungannya. Entah betul ke tak. Yang penting share je terus. Konon concern dan sentiasa up to date dengan perkembangan terkini. Padahal berita palsu.

Kalau kat Whatsapp plak jenis yang suka-suka forward mesej. Stress juga Abang Nara dibuatnya. Masalahnya kebanyakan forward mesej tue memang tak betul. Tambah masalah lagi, Abang Nara baca sekali je mesej tue dah tau mesej palsu/menipu/rekaan. Tapi tetap ada juga yang share. Tak tahulah tak ada common sense atau memang hobi diorang suka forward mesej.

4. Terlebih kongsi gambar-gambar peribadi

kdb

Abang Nara kadang-kadang buat yang ini terutama bila melibatkan bab gambar anak. Memang Abang Nara suka upload gambar Aariz dan Arissa. Tapi sekarang ini Abang Nara tengah cuba kurangkan. Dunia Internet ini macam-macam jenis orang ada. Ada yang suka tengok gambar kanak-kanak dan berfantasi lain macam. Orang panggil pedophilia. Takut plak kalau gambar anak sendiri jadi mangsa.

5. Update status yang sepatutnya dipendamkan dalam hati

Korang pernah tak jumpa kawan yang super annoying semua benda nak cerita kat Facebook? Fuh!!! Abang Nara memang tak tahan sungguh lebih-lebih bila berkaitan dengan kehidupan peribadi mereka. Gaduh laki bini pun nak share kat Facebook ke? Tak puas hati dengan kawan baik pun nak luah perasaan kat Facebook ke? Apa kata jumpa face to face dan setelkan. Tak ada selesainya masalah kalau tulis kat FB tue. Lagi makin teruk adalah. Lepas tue satu dunia pun tahu masalah yang sedang korang hadapi. Malu beb!!!

Banyak lagi sebenarnya ‘oversharing’ yang dilakukan oleh pengguna Internet di Malaysia ini (termasuklah Abang Nara). Kadang-kadang kita buat benda itu tanpa sedar. Sebab itulah Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC) telah mewujudkan kempen Klik Dengan Bijak untuk melahirkan pengguna Internet Malaysia yang bertanggungjawab, bermoral dan selamat. Menarik juga perkongsian yang sering dilakukan di www.klikdenganbijak.my dan Facebook Klik Dengan Bijak. Pelbagai tips, informasi dan peringatan diberikan.
kdb

Selaku penulis blog, Abang Nara juga bertanggungjawab untuk menulis fakta dan tidak mengeluarkan fitnah yang mampu merosakkan kerjaya seseorang selebriti. Abang Nara sedang berusaha lagi ke arah itu. Kadangkala ada juga yang terlepas pandang. Sebab itulah Abang Nara sayang pembaca BeautifulNara. Ramai yang hantar email menegur diri ini. Namun khas untuk mereka yang sering mengomen di sini, sila pastikan komen anda bijak, tidak memaki hamun, kata-kata yang ditulis positif dan tiada unsur fitnah. Dalam erti kata lain, komenlah dengan bijak.kdb

Jom kita sama-sama jadikan Internet di Malaysia ini satu enviroment yang selamat, seronok dan menggembirakan. Klik dengan bijak hari ini juga ke www.klikdenganbijak.my dan Facebook Klik Dengan Bijak.