October 8th, 2013

Baru-baru ini, Sharifah Amani telah muncul sebagai antara pelakon utama filem arahan Nam Ron, Psiko Pencuri Hati. Filem itu mendapat klasifikasi 18PL, dan ini secara langsung menghadkan jumlah penonton yang ada kemungkinan menonton filem tersebut. Khabarnya, kutipan bagi filem Psiko Pencuri Hati di pawagam tidak begitu memberangsangkan.

Besar kemungkinan juga, inilah yang dipersoalkan oleh Amani apabila mengeluarkan tweets berbunyi begini:-

 photo amani.png

Mungkin kerana menganggap tweets Amani ditujukan kepada dirinya, Syamsul Yusof selaku pengarah KL Gangster 2 telah memberikan reaksi beliau, namun tweetnya ditujukan terus kepada ibu Amani.

Image Hosted by ImageShack.us

Berhubung reaksi Syamsul, Amani selepas itu juga memberikan maklumbalas secara terus kepada pengarah muda itu:-

 photo amani2.png

Sebenarnya memang mudah untuk Syamsul ‘terasa’ dengan tweets tersebut, kerana walaupun merujuk kepada filem Syamsul, apa yang tersirat ialah kritikan Amani kepada pihak yang mengklasifikasikan filem, mungkin juga Lembaga Penapis Filem (LPF) tentang ‘double standards’ yang diamalkan dalam memberikan klasifikasi .

Mungkin juga ada benarnya apa yang diperkatakan Amani, kerana beberapa masalah berkenaan LPF dan ‘double standards’ sudah diperkatakan oleh penggiat industri filem sejak dekad 80’an.

Apa pun diharap keduanya akan berbaik selepas ini, dan mungkin LPF patut memberikan perhatian kepada perkara ini untuk mengelakkan kritikan pada masa akan datang dan kesan negatif kepada industri filem negara secara umumnya. Apa pendapat anda?

Advertisement
October 4th, 2013

Maafkan Abang Nara kerana tersilap memberi info di dalam artikel sebelum ini. Ternyata masih ramai rakyat Malaysia yang mencintai hasil karya bermutu Syamsul Yusof. Sebentar tadi Abang Nara dimaklumkan oleh Syamsul sendiri bahawa kutipan hari pertama (Khamis) untuk filem KL Gangster 2 telah mencecah RM1.2 juta.

kl gangster 2

Abang Nara respek kepada mereka yang telah mengambil keputusan untuk menonton KL Gangster 2 di wayang walaupun filem ini telah tersebar di Internet. Anda memang power, macho, kacak, manis, cun dan tampan. Semangat sebeginilah yang kita mahukan. Semoga hujung minggu ini jumlah kutipan KL Gangster 2 akan naik lebih tinggi.

kutipan filem kl gangster 2

Berdasarkan sambutan hangat pada hari pertama, sememangnya ada harapan untuk KL Gangster 2 memecah rekod kutipan box office di Malaysia. Buat anda yang masih belum pergi menonton, silalah pergi. Filem dengan kualiti sebegini seharusnya ditonton di wayang. Sama-samalah kita menyokong filem tempatan.

Advertisement
September 11th, 2013

Ini satu berita sedih buat industri filem tanah air. Bukan semua orang berbakat sehebat Syamsul Yusof. Abang Nara memahami betapa kecewanya Syamsul Yusof apabila hasil karyanya iaitu KL Gangster 2 disebarkan kepada umum sebelum tarikh tayangan. Penat lelah selama ini terasa tidak berbaloi langsung.

syamsul yusof retired

Berita ini telah disampaikan oleh Syamsul sendiri iaitu Datuk Yusof Haslam ketika malam gala tayangan filem KL Gangster 2. Kata Datuk Yusof Haslam:-

Dia kecewa sangat. Dia kata, dia tak boleh terima apa yang berlaku ni. Saya faham perasaan dia. Sebagai anak muda tentunya dia sukar berdepan dengan situasi begini. Sebab itu hari ni dia tak boleh datang. Sebelum saya ke sini tadi, saya ada katakan pada dia supaya cekalkan hati. Saya akan terus menyokong dia walau apa pun yang berlaku.

Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya. Sebenarnya saya juga jadi tak keruan gara-gara isu filem ini disabotaj. Tapi saya yang berusia 60 tahun ni kena tunjukkan yang saya kuat semangat di hadapan dia yang baru berusia 29 tahun. Iyalah, budak muda ni kadang-kadang mereka ni tak cekal

yusof haslam

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pelaburan sebanyak RM4.5 juta untuk menghasilkan KL Gangster 2 berkemungkinan tidak mendatangkan hasil apabila perkara ketirisan sebegini berlaku. Abang Nara yakin banyak fikiran negatif berlegar di kepala Syamsul sekarang. Nasihat Abang Nara, percayalah kepada ketentuan dariNya. Rezeki itu dari Allah. Perkara yang sudah terjadi adalah di luar kawalan kita. Banyakkan berdoa. Sesungguhnya Allah mendengar doa orang yang teraniaya.
nona
P.S: Mahu membaca majalah Nona di smartphone atau tablet anda? Dapatkan edisi terbaru dengan harga yang lebih murah hanya di Emall Karangkraf. Banyak sangat pilihan yang ada di sana. Silalah pergi lihat.

Advertisement
August 29th, 2013

Ini sangat mengecewakan. Abang Nara memahami betapa sedih dan marahnya Syamsul Yusof. Mana tidaknya, filem KL Gangster 2 yang dibuat dengan kos RM4.5 juta tersebar di Internet untuk muat turun sebelum waktu tayangan. Agak pelik juga bagaimana perkara ini boleh terjadi.

kl gangster 2 download

Info yang Abang Nara terima daripada rakan Amanz.my semalam ini ternyata membuatkan Syamsul Yusof mengamuk. Daripada maklumbalas di Twitter, memang filem yang dimuat turut adalah filem KL Gangster 2, bukannya tipu. Ini bermakna ada “leak” yang telah terjadi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan filem ini. Hanya diorang sahaja yang ada akses kepada filem KL Gangster 2 buat masa sekarang.

kl gangster 2 download

Diharap Syamsul Yusof dan mereka yang terbabit akan segera mengambil tindakan. Takut-takut kerana “leak” ini, kutipan filem KL Gangster 2 tidak akan sehebat yang dijangkakan. Kena cepat sebelum ia tersebar lebih teruk. Cegah sebelum parah. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari.

Advertisement