January 26th, 2015

Akhirnya komposer terkenal, Saari Amri tampil untuk menjelaskan status yang ditulisnya tentang Zamani dan Siti Nurhaliza ketika bekas penyanyi kumpulan itu ditangkap kerana dadah. Status tersebut yang menyatakan ‘Siti Nurhaliza tahu punca Zamani jadi begitu‘ telah menimbulkan kontroversi dan persoalan orang ramai. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan oleh Saari Amri. Mengapa perkara sebegitu dibangkitkan setelah sekian lama? Macam-macam soalan bermain di minda.

saari amri

Bercakap kepada MalaysianDigest, Saari Amri menjelaskan dengan panjang lebar apa yang ditulisnya. Kata Saari Amri:-

Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya sering juga banyak menghabiskan masa dengan dia.

Pernah satu ketika saya bertanyakan pada dia mengapa dia jadi begitu dan saya nasihatkan dia supaya melupakan Siti dan menjalani hidup dengan lebih baik tetapi Zamani seorang yang sangat setia.

Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet’ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.

Sebenarnya ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu

zamani

Daripada apa yang Abang Nara boleh rumuskan, kehadiran Siti Nurhaliza di dalam hidup Zamani sedikit sebanyak memberi impak kepada penyanyi tersebut. Namun tak boleh salahkan Siti Nurhaliza atau orang lain dengan apa yang terjadi. Ia adalah pilihan diri sendiri. Ramai juga yang putus cinta tetapi berjaya dalam hidup. Akhirnya, semua bergantung kepada azam, semangat dan jati diri. Tak gitu?

P.S: Bila superhero bergambar di landskap yang indah

January 24th, 2015

Status yang telah dimuatnaik oleh Saari Amri telah pun mencetuskan persoalan di kalangan orang ramai. Mana tidaknya, komposer itu telah menulis yang Siti Nurhaliza tahu punca sebenar tentang apa yang terjadi kepada Zamani. Untuk makluman adik-adik yang baru berusia 20-an, satu ketika dahulu, Zamani dan Siti Nurhaliza ketika zaman kegemilangan mereka pernah dikatakan bercinta. Namun tiada jodoh di antara mereka berdua.

saari amri

status Saari Amri yang menimbulkan persoalan

Dibebaskan hari ini dengan ikat jamin polis, Zamani memaklumkan yang i Datuk Siti Nurhaliza dalam kes penyalahgunaan dadah yang membabitkan dirinya. Kata Zamani:-

Orang yang berhak untuk memberikan komen adalah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan itu. Apa yang berlaku ke atas diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) tetapi ini adalah qada dan qadar.

zamani dan siti nurhaliza

Siti Nurhaliza juga turut enggan memberikan sebarang komen tentang status Saari Amri ini. Kata penyanyi nombor 1 negara ini:-

Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain

siti nurhaliza

Biarlah apa yang terjadi antara Zamani dan Siti Nurhaliza satu ketika dahulu hanya menjadi kenangan buat mereka berdua. Tak patut rasanya untuk menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang terjadi kepada Zamani. Ia adalah pilihan sendiri. Keputusan sendiri. Semoga apa yang terjadi memberi pengajaran kepada Zamani khasnya dan kita amnya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Sumber Berita Harian.