January 13th, 2015

Ingatkan Kieran sudah tidak akan berkecimpung lagi dalam dunia radio selepas berhenti menjadi deejay di Hot FM. Namun kata orang kalau rezeki depan mata, buat apa nak ditolak. Ditawarkan untuk bekerja dengan Sinar FM, Kieran bakal memulakan tugasnya di stesen radio tersebut bermula Sabtu ini. Sudah pun berusia 40 tahun, Kieran akan beraksi sebagai deejay sambilan dan hanya akan ke udara pada hujung minggu sahaja.

kieran sinar fm

Pada pandangan Abang Nara memang sesuai sangat Kieran dengan Sinar FM. Iyerlah usia 40 an ini boleh dikategorikan dah tua jugaklah. Sinar FM pun radio untuk golongan-golongan berusia. Hot FM pula sesuai untuk anak-anak muda. Kata Kieran sendiri:-

Saya akan bekerja secara sambilan si Sinar FM bermula minggu ini, mereka memang tawarkan untuk buat fulltime tetapi saya tidak bersedia lagi.

Namun saya berhenti Hot FM bukan sebab tawaran lumayan Sinar FM, sebaliknya mereka buat tawaran selepas memgetahui saya sudah berhenti dari Hot FM.

Saya sudah fikir perkara ini sejak awal tahun 2014 kerana usia sudah lanjut dan tidak sesuai untuk berada dengan Hot FM. Sebelum mereka buang, baik saya berhenti sendiri.

Saya nak beri peluang pada penyampai baru dan stesen radio itu untuk cari pembaharuan mereka dengan suara-suara baru.

kieran di sinar fm

Selamat maju jaya diucapkan kepada Kieran. Buat peminat Kieran, bolehlah hilangkan rindu dengan mendengar suaranya di Sinar FM selepas ini.

December 13th, 2014

Abang Nara merupakan salah seorang peminat Kieran satu ketika dahulu ketika dia bergabung dengan AG membentuk Jawa Rangers satu ketika dahulu di HotFM. Memang kelakar tak ingat. Cepat sungguh masa berlalu. Selepas perginya Faizal Ismail (FBI), kini giliran Kieran pula untuk meninggalkan HotFM pada hari Jumaat yang lalu. Pastinya ramai yang bersedih dengan pemergian deejay otai ini.

kieran tinggalkan hotfm

Tidak diketahui perancangan yang telah diatur oleh Kieran selepas ini. Apa pun, semoga terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Terima kasih kerana menghiburkan para pendengar HotFM selama ini. Sekali sekala turunlah konti untuk melepaskan rindu para peminat anda. Good luck and all the best utuk masa depan anda.