Written by AbangNara | October 2nd, 2014

Wow. Kembali panas nampaknya isu hutang antara Den Wahab, ND Lala dan Shila Amzah ini. Kalau semalam Shila telah mem’back’up ayahnya di akaun Instagram, kali ini Shila menggunakan laman Twitternya untuk membuat sindiran yang amat pedas kepada Den Wahab. Semalam ada informasi yang menyatakan kononnya Shila Amzah sekeluarga menumpang makan di rumah Den Wahab ketika kecil dahulu. Kali ini Shila tampil menafikan dakwaan tersebut.

den wahab shlia

Malah Shila turut menyindir Den Wahab kerana pandai membuat cerita. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah memang tak ada hutang yang pernah dilakukan oleh ND Lala dengan Den Wahab.

den wahab shlia

Hmmmmm. Nampaknya semakin serius pergaduhan di laman sosial antara ND Lala, Shila Amzah dan Den Wahab ini. Masing-masing berbalas kenyataan. Sebentar lagi Abang Nara akan kongsikan kenyataan balas Den Wahab untuk tatapan anda. Adakah isu ini akan ada penghujungnya? Sama-sama kita nantikan.

P.S: RON 95 dan diesel naik 20 sen

Written by AbangNara | September 25th, 2014

Boikot adalah satu perkara yang amat ditakuti lebih-lebih sekiranya anda bergelar seorang selebriti. Bayangkan kerjaya anda sebagai penyanyi tidak mendapat liputan mana-mana media. Tak ke sedih? Namun semalam menerusi sidang media yang dilakukan, ND Lala dan Shila Amzah melahirkan rasa redha mereka sekiranya diboikot oleh para media, terutamanya media Melayu selepas kontroversi yang melanda.
hlive shilaKata ND Lala semalam di sidang medianya apabila diminta memberi komen mengenai pemboikotan yang mungkin berlaku terhadap dirinya dan Shila Amzah:-

Jika itu pilihan kumpulan reporters dan bloggers ini (tidak merujuk kepada kesemua wartawan), jawapan kami ialah kami redha. Apa upaya kami untuk mengubah pendirian yang mereka pegang.

Kami beriman kepada Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan bukan kumpulan reporters. Tiada siapa yang boleh memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah. Ini pendirian kami.

Kalaulah dengan boikot itu boleh menjejas apa segalanya, semuanya kami redha. Tapi ingat, rezeki datang daripada Allah, bukan dari penulis yang memfitnah kami.

hlive shila

Harapnya tiadalah pemboikotan yang berlaku kerana Shila Amzah pun sebenarnya antara bintang besar di Malaysia dan juga China. Rugi pula jika para wartawan tidak lagi menulis mengenai kejayaannnya di masa depan. Semoga ada jalan penyelesaian yang boleh ditemui antara kita semua. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | September 18th, 2014

Dakwaan konsert Shila Amzah ditaja oleh syarikat judi nombor 1 negara nampaknya telah menimbulkan kontroversi dan membuatkan orang ramai tertanya-tanya. Hari ini menerusi Mstar Online, mufti Kelantan iaitu Datuk Mohamad Shukri Mohamad telah menegaskan bahawa mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak adalah aktiviti yang haram dan ditegah oleh agama Islam.

mufti kelantan

Menurut beliau, umat Islam itu harus sedar bahawa bekerja di bawah sumber yang tidah sah dalam Islam sudah dikira salah dan dilarang. Kata Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima.

Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram. Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah.

Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak? Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri.

shila amzah

Shila Amzah sebelum ini telah menempelak media Melayu kerana gagal memberikan liputan untuk konsert pertamanya di Malaysia. Semalam, suratkhabar Kosmo telah mendedahkan yang konsert tersebut mendapat tajaan syarikat judi menyebabkan media Melayu tidak mendapat jemputan demi menjaga sensitiviti. Sama-samalah kita nantikan penjelasan Shila Amzah berkaitan hal ini.

Written by AbangNara | September 16th, 2014

Untuk makluman, Abang Nara tak sentap langsung tidak dijemput ke konsert Shila Amzah. Ikhlas Abang Nara katakan, diri ini bukan jenis pergi konsert. Paling last pergi konsert pun masa Wings dan Search kat Sunway Lagoon. Itu pun dah berapa tahun berlalu. Lagipun sejak anak dah 2 ini, jangan katakan pergi konsert, nak pergi tandas buang air besar pun kadang-kadang tak sempat. Hehehe.

shila amzah

Kekecohan mengenai liputan yang tak diberikan oleh media Melayu terhadap konsert Shila Amzah yang berlangsung hujung minggu lalu nampaknya semakin parah. Wartawan-wartawan kebanyakan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah kerana dipersalahkan sedangkan tiada sebarang jemputan diterima. Menariknya, Shila Amzah telah berkongsi gambar yang dimuatnaik oleh ‘fan club’nya yang menunjukkan bukti media Melayu sebenarnya dijemput.

shila amzah

Yang Abang Nara nampak di senarai di atas hanyalah Berita Harian dan Kosmo. Kalau anda beli Berita Harian hari ini, memang ada ditulis mengenai konsert Shila Amzah. Siap puji melangit lagi. Suratkhabar Kosmo Abang Nara tak tahu la pulak. Tapi kalau 1 daripada 2 yang dijemput dah ditulis, kira okaylah tue kan? Pelik juga apabila ‘fan club’ Shila Amzah ini melahirkan kekecewaan yang amat sangat tapi jemputan yang dibuat hanya kepada 2 media melayu sahaja. Ingatkan hantar jemputan untuk 10,20 media tapi yang tulis hanya 1 je. Kalau macam tue memang wajar la kecewa kan? Ini tulisan kekecewaan ‘fan club’ Shila Amzah untuk tatapan anda.

Salam semua. We’ve been getting not so nice comments with regards to the post we posted yesterday. @Shilaamzah_photography is just a fanclub. And we as fans menantikan article/write up from the malay media since this concert is held in Malaysia dan tentunya banyak orang Melayu yang nak tahu tentang concert Shila.

But what we got was caci maki dan penghinaan dari pihak media. Many claimed that tiada undangan dari pihak Shila. So here it is. We’ve managed to get a copy; tandatangan media2 yang hadir malam itu. So…… You judge for yourself. : )

Note:
We’re just a fanclub yang berniat untuk menyokong kerjaya Shila sahaja. Dari awal sampai sekarang. Nothing but just updates about Shila. Yang tak suka, its just a click away…

shila amzah

Bukan Abang Nara nak mengkritik ‘fanclub’ sesetengah artis ini, tetapi kadangkala memang ada yang lebih sudu daripada kuah. Tindakan sebegini pastinya akan melukakan hati para media Melayu yang selama ini menyokong kerjaya Shila Amzah. Takut-takut di masa hadapan Shila Amzah akan diboikot. Yang rugi adalah Shila Amzah sendiri. Hmmm. Namun mungkin Shila dan para peminatnya dah tak pandang dah pasaran Malaysia. Iyerlah, nama dah gah di negara China yang penduduknya berbilion orang kan? Hmmmm.