Written by AbangNara | November 15th, 2013

Tak habis-habis lagi pertikaian lidah antara Rebecca Nur Islam dan Erma Fatima. Walaupun mahkamah telah memutuskan kemenangan di pihak Rebecca baru-baru ini, pihak Erma didakwa tidak berpuas hati dan mengambil pendekatan menyindir Rebecca menerusi laman sosial. Malah tuduhan tidak berdisplin juga turut dilemparkan kepada Rebecca.

rebecca nur islam
Berkata kepada Harian Metro hari ini, Rebecca memohon agar pihak Erma Fatima bersikap lebih matang atau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah yang lain. Kata Rebecca:-

Saya berharap pihak di sebelah sana berhenti bercakap. Kes sudah selesai, jadi tak payah bercakap mengenai saya lagi. Tak perlulah bergaduh di Twitter dan Instagram. Harap pihak sebelah sana profesional dan matang.

Janganlah fitnah saya tak berdisplin sebab ia boleh diibaratkan menabur pasir pada periuk nasi saya. Tapi kalau benda (dakwaan) ini terus berlaku, saya akan ambil tindakan.

erma fatima

Dengan kekalahan ini, Erma akan membayar RM11,000 kepada Rebecca Nur Islam. Menurut Erma, kekalahannya dalam kes ini adalah kerana kesilapan teknikal. Terang Erma:-

Saya hanya kalah dalam kes ini kerana kesilapan teknikal iaitu tidak menghantar notis bertulis membatalkan khidmatnya sebagai pelakon daripada kontrak berkenaan. Kalau hantar, adakah dia akan mengakui kesilapannya?

Seharusnya Erma dan Rebecca tidak lagi bergaduh kerana ia kelihatan seolah-olah ada pihak yang mempertikaikan keputusan mahkamah. Anggap sahaja hal ini sudah selesai dan diadili dengan saksama. Kalau terus bergaduh, nampak macam budak kecil je. Memalukan industri hiburan tanah air yang tidaklah besar mana. Tak gitu?

erma fatima

P.S: Yeah ~~ Esok 16 November Abang Nara confirm akan pergi ke Secret Recipe untuk beli kek. Ada diskaun RM16 sempena ulangtahun mereka yang ke 16. Korang pun jangan lepaskan peluang keemasan ini. Diskaun HEBAT ini hanya untuk satu hari sahaja. Kalau taknak beli kek, boleh tengok promosi lain di Facebook Secret Recipe. Semuanya best-best belaka.