December 18th, 2014

Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dimaklumkan pasangan pelakon Sari Yanti, 30, dan suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34, telah bercerai secara tebus talak dengan bayaran RM10,000 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Khamis lalu. Sari Yanti sebelum ini telah memfailkan penceraian pada 25 Februari yang lalu. Untuk makluman, mereka berdua telah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan 2 cahaya mata, Barr Al Aliy (4 tahun)dan Basit Al-Haq (3 tahun).

sari yanti sah cerai

Semoga penceraian ini tidak menjadi penghalang kepada Sari Yanti dan suami untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa kepada kedua-dua anak. Sesungguhnya tiada siapa yang mahu perkahwinan berakhir dengan penceraian, namun mungkin ini adalah yang terbaik buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan agar mereka terus bahagia dengan kehidupan masing-masing selepas ini.
makcik P.S: Dah putus asa sudah habis beratusss ringgit utk membeli pelbagai jenis produk kecantikkan utk menghilangkan masalah jeragat, ekzema, kulit kusam / gelap, berjerawat yg sgt kronik, muka berminyak sehingga pori terbuka luas dan tersumbat, black / whitehead yg susah hilang, parut di muka, jerawat badan dan melasma (iaitu penyakit ibu mengandung. muka jd tompok2 hitam)??? Tapi hasilnya? nanhadooo?

Mari cuba produk PUTEH by Farah Yusoff, di jamin 100% PUTEH dan sudah pastinya anda akan terkejut dgn result tersebut!! RESULT boleh nampak on the spot uolllsss!! bukan cakap kosong, biarlah gambar di atas berbicara.. jgn risau PUTEH by Farah Yusoff ada sijil GMP, FDA & HACCP dan SESUAI utk semua jenis kulit… apa lagi mahu ragu2? jom serbu Facebook PUTEH by Farah Yusoff atau Instagram ataupun boleh direct whatsapp di talian 017-7018701 / 018-2893023

May 1st, 2014

Pelakon Sari Yanti memohon untuk memasukkan bantahan awal berhubung permohonan nusyuz yang difailkan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussain di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari di sini. Peguam syarie Marlina Amir Hamzah yang mewakili Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, selaku responden memaklumkan perkara itu pada sebutan kes berkenaan, petang tadi.
sari yantiMarlina berkata, permohonan itu dibuat kerana terdapat satu lagi kes yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban Negeri Sembilan membabitkan permohonan perceraian.”Anak guam saya sudah menerima notis saman daripada plaintif ( Mohd Edy Casmadi) bagi kes ini pada 8 April lalu dan wakalah lantikan peguam juga sudah diserahkan kepada mahkamah.
sari yantiBagaimanapun, pihak kami berhasrat untuk failkan bantahan awal memandangkan ada kes difailkan anak guam saya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, iaitu permohonan cerai,” kata Marlina lagi.

sari yanti

Sari Yanti yang ditemui di luar dewan mahkamah bagaimanapun enggan mengulas lanjut sewaktu ingin ditemubual pihak media. Sebaliknya dia hanya terus berjalan meninggalkan perkarangan mahkamah. Sementara suaminya, Edy Casmady berkata, beliau hanya menyerahkan keputusan kepada mahkamah. “Biar mahkamah yang buat keputusan”, katanya ringkas dan terus meninggalkan mahkamah. Sumber Harian Metro dan RotiKaya.

March 20th, 2014

Susulan tersebarnya berita permohonan cerai yang telah difailkan oleh Sari Yanti pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, suami kepada pelakon cilik ini, Edy Casmadi enggan memberi sebarang ulasan mengenai perkara tersebut. Menurut Edy, dirinya bukan selebriti dan tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai permohonan cerai itu.
sari yanti ceraiEdy Casmadi ditemui oleh wartawan Mstar Online ketika sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Kata Edy:-

Tanya dia (Sari Yanti), jangan tanya saya. Lebih baik dia yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti. Saya tidak bersetuju dengan penceraian

sari yanti

Hasil perkahwinan selama 5 tahun, Mohd Edy Casmadi dan Sari Yanti dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. Semoga ada jalan penyelesaian yang tidak melibatkan penceraian dapat dicapai oleh pasangan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, fikirkanlah anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan.

March 19th, 2014

Berita sedih buat para peminat dunia hiburan tanah air. Desas-desus mengenai penceraian pelakon jelita Sari Yanti telah pun disahkan melalui Harian Metro hari ini. Telah berkahwin dengan Mohd Eddy Casmady pada 16 Januari 2009, Sari Yanti dikatakan telah memfailkan permohonan penceraian pada 25 Februari lalu.
sari yanti cerai
Hasil perkahwinan mereka, Sari Yanti dan suami telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang masing-masing berusia 4 dan 2 tahun. Sepatutnya Sari Yanti dan suami menghadiri proses sulh pertama semalam di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban bagi membolehkan masalah rumah tangga mereka diselesaikan secara baik.
sari yanti dan suamiNamun ketiadaan Eddy Casmady yang ke luar negara atas urusan kerja menyebabkan proses sulh ini tidak dapat dilangsungkan semalam. Takziah diucapkan atas Sari Yanti sekeluarga atas berita kurang baik ini. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari. Kalau tak bercerai lagilah bagus. Kenangkanlah anak-anak anda yang masih kecil.

P.S: Melambung ke udara kerana langgar lampu isyarat merah