April 14th, 2017

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan pelakon Iqram Dinzly yang dikatakan telah meletakkan kenderaannya sesuka hati sehingga menghalang laluan masuk sebuah bangunan di Pulau Langkawi. Malah,ada yang meninggalkan nota “ kereta besar otak kecik” di atas cermin kereta Iqram.

Hari ini menerusi portal mStar Online, Iqram memberitahu beliau bukan sengaja berbuat demikian dan tidak tahu tempat beliau meletakkan keretanya itu merupakan laluan utama. Menurut Iqram beliau masih lagi baharu di Pulau Langkawi dan masih belum tahu selok-belok jalan di sekitar pulau tersebut.

Ketika kejadian ruang parkir di Pekan Kuah, Chenang penuh dan saya nampak ada kereta lain yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan. Jadi saya pun melakukan perkara sama memandangkan urusan saya di sebuah bank mengambil masa singkat sahaja. Demi Allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan kerana saya sangka ia jalan sehala.

Bukan itu sahaja, tindakan Iqram yang memuat naik foto nota berkenaan di akaun Instagramnya turut mendapat kecaman netizen yang rata-rata melabelkan Iqram sengaja ingin mempertahankan dirinya yang sudah melakukan kesalahan.

Sejujurnya saya tidak marah cuma rasa agak keterlaluan apabila ia disebarkan di laman sosial oleh individu yang meletakkan nota itu pada kenderaan saya. Apabila saya memuat naik status mengenainya ramai pula menghentam saya. Jika baca betul-betul, tulisan saya itu hanyalah gurauan semata-mata. Saya memohon maaf atas kesilapan saya dan tak mahu perkara ini diperbesarkan lagi. Saya anggap ini sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Baguslah Iqram sudah mengakui kesalahannya dan memohon maaf . Harapnya dengan kejadian ini, ia turut memberikan pengajaran kepada pemandu lain juga.

Sumber Berita : mStar Online

April 11th, 2017

Kami pasti anda semua pernah menghadapi situasi dimana ada pemandu yang “double parking”, ada yang bersifat tamak dengan meletakkan kenderaan mereka dalam dua petak sekaligus dan ada yang parkir di tempat khas OKU. Ia menunjukkan betapa buruknya sikap pemandu di Malaysia yang hanya mementingkan diri mereka  dan tidak mempuyai kesedaran sivik juga.

Baru-baru ini pula, viral di media sosial mengenai kenderaan  jenis Honda CRV berwarna yang dipandu oleh pelakon Iqram Dinzly  dimana beliau dikatakan telah parkir sesuka hati dan menghalang laluan masuk sebuah bangunan ketika berada di Langkawi. Berang dengan tindakan Iqram ada yang meninggalkan nota kereta besar otak kecik” di atas cermin kereta Iqram.

Sedar perkara itu sudah menjadi viral , Iqram menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto beliau bersama nota berkenaan.  Malah, Iqram juga membalas isu berkenaan dengan kapsyen yang agak menusuk kalbu.

Malang sekali, apa yang Iqram nyatakan di Instagramnya itu mengundang lagi kecaman dan kritikan netizen. Mereka menganggap Iqram hanya memperlihatkan sifat tidak matangnya dan mahu menegakkan benang yang basah. Iqram seperti tidak menyedari kesalahannya itu.

Pada kami, isu ini boleh selesai jika ada sifat rendah diri, mengakui kesilapan dan meminta maaf. Simple je kan? Apa pula pendapat korang?