February 7th, 2015

Ternyata undian para peminat Zero begitu hebat malam ini apabila kumpulan dari Sabah ini telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014. Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 beserta trofi. Di tempat kedua ialah Sepahtu. Jepp dan Shuib membawa pulang RM250,000 dan trofi. Di tempat ketiga ialah Nabil dengan RM125,000, Shiro di tempat keempat dengan RM50,000 dan Bocey di tempat kelima dengan RM15,000.
zero juara mlm2014 Secara jujur, persembahan kesemua peserta pada malam ini agak mengecewakan. Namun Zero berjaya memberikan aksi yang bukan sahaja mencuit hati tetapi menyentuh perasaan pada segmen muzikal. Ramai yang mengalirkan air mata mendengar nyanyian mereka yang mengingati pemergian ayah tercinta. Rata-rata persembahan yang lain berada di paras biasa-biasa sahaja malam ini. Mungkin tekanan.

sepahtu

Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Anda telah menghiburkan kesemua penonton selama 13 minggu dengan lawak-lawak anda. Tahniah diucapkan kepada Zero. Daripada peserta ‘hot seat’, kini anda juara MLM2014. Siapa sangka? Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa diduga. Tahniah!!! Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan ini?

Advertisement
December 31st, 2011

Agak terlambat Abang Nara mengupdate keputusan penuh final Maharaja Lawak Mega. Bukan apa, usus Abang Nara terkeluar semasa mendengar lawak-lawak tahap gaban daripada kumpulan Osbon dan Boboi. Ternyata 2 kumpulan ini memang superb. Lawak yang bersahaja dan mampu membuatkan Abang Nara gelak tahap digeletek oleh Datin Maimun.

osbon juara maharaja lawak mega

Adat resam pertandingan, ada menang dan ada yang kalah. Pertarungan sengit antara Osbon dan Boboi akhirnya berakhir dengan Osbon dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega. Dengan kemenangan ini, Os dan Abon menjadi orang kaya baru dengan membawa pulang RM350,000. Manakala Boboi pula mendapat tempat kedua sekaligus mendapat hadiah wang tunai RM250,000. Pakcik kayo ~~

Kumpulan Saehu daripada Indonesia mendapat tempat ketiga dan RM150,000 manakala kumpulan Syok pula mendapat tempat terakhir dengan RM50,000. Walaupun ada 4 kumpulan yang bertanding, daripada pandangan Abang Nara, perebutan juara hanya berlaku di antara Osbon dan Boboi. Tak gitu?

Apa pun, Boboi memang lebih menyerlah berbanding Osbon semasa persembahan pertama. Namun Osbon bangkit kembali ketika persembahan muzikal dengan lawak yang sangat awesome. Abang Nara yakin dan percaya markah terakhir untuk dua kumpulan ini hanya berbeza sedikit sahaja. Rezeki kali ini nampaknya berpihak kepada Osbon.

Apa pun jutaan tahniah kepada Osbon dan jugak kepada Boboi yang membuktikan industri lawak Malaysia masih bernafas segar. Semoga selepas ini pelawak-pelawak seperti mereka makin mendapat tempat di rancangan-rancangan TV di Malaysia.

Jangan lupa kongsikan pendapat anda tentang final Maharaja Lawak Mega di ruangan komen.

Advertisement