Written by AbangNara | December 13th, 2013

Akhirnya teka-teki mengenai keputusan siasatan kes skandal dengan isteri orang yang melibatkan Adi Putra terjawab jua. Adi, isteri, ahli keluarga dan para peminatnya boleh menarik nafas lega apabila pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai “no further action” atau tiada tindakan lanjut. Senang cerita, Adi Putra didapati tidak bersalah.

adi putra

Bercakap di sidang media yang diadakan di PWTC malam semalam, Adi Putra memohon agar tidak lagi dikaitkan dengan kes tersebut. Sekiranya ada pihak yang terus mahu memburukkan keadaan, Adi akan mengambil tindakan mahkamah. Kata Adi:-

Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya. Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai.

Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini. Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan

adi putra

Tahniah diucapkan kepada Adi Putra atas berita gembira ini. Namun Abang Nara dimaklumkan bahawa si wanita yang terlibat di dalam kes ini akan turut membuat sidang media pada hari ini. Tidak pasti pula apa yang akan disampaikan ketika itu. Namun daripada keputusan yang telah diberi oleh pihak polis, ini jelas satu kemenangan buat Adi Putra. Semoga kita semua boleh tutup buku mengenai kes ini dan “move on“.

P.S: Proton akan keluarkan Proton Hibrid hujung tahun 2014

Written by AbangNara | November 20th, 2013

Sehingga ke hari ini, kita masih tertunggu-tunggu keputusan laporan polis mengenai dakwaan skandal Adi Putra dengan isteri orang yang telah terjadi beberapa bulan lalu. Abang Nara tak boleh bayangkan betapa tertekannya mereka yang terlibat di dalam kes ini, lebih-lebih lagi Adi Putra yang merupakan seorang selebriti pujaan ramai.
adi putraPada pendapat Abang Nara, lagi cepat keputusan keluar, lagi cepatlah namanya dapat dibersihkan daripada kontroversi yang telah mencalit reputasi baiknya ini. Namun apa yang Abang Nara respek ialah tindakan Adi Putra yang menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak pernah lari walaupun dirundung kontroversi sebegini besar. Kata Adi kepada portal GUA:-

Buat apa saya melarikan diri? Saya masih lagi menghadiri pelbagai acara. Kalau saya mahu lari, pastinya saya tidak akan tampil di khalayak umum. Allah itu maha adil. Biar kebenaran itu keluar nanti. Peminat pun masih menyokong saya.

Mengenai kes tersebut, saya masih menunggu konklusi daripada pihak berkuasa. Apabila saya dapat keputusannya, saya akan kongsikan kepada semua. Alhamdulillah, walaupun adanya kes dan kontroversi sebegitu, saya peroleh perkara lain iaitu saya akan membuka cabang bisnes baru yang berteraskan barang-barang keperluan mandi. Perkara ini tidak menjejaskan kehidupan dan kerjaya seni saya.

adi putraDitanya mengenai dakwaan dirinya menggunakan orang berpengaruh untuk menggugurkan kes ini, Adi menjelaskan:-

Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Jika ada orang berkata sedemikian, terpulanglah. Saya rasakan mereka yang bercakap sebegitu mengambil berat dan menyayangi saya. Kalau orang tidak bercakap maknanya mereka tidak mengambil berat pasal saya,. Oleh itu saya ingin berterima kasih kepada mereka. Sebagai selebriti, saya tidak boleh menghalang apa yang mereka ingin katakan

Semoga pihak polis dapat mempercepatkan siasatan dan mengumumkan keputusannya secepat mungkin. Lebih lama kes ini diheret, lebih banyak tohmahan, dakwaan dan teori yang akan dikeluarkan oleh orang ramai. Kepada Adi dan keluarga, teruskan hidup seperti biasa. Kata orang, takut kerana salah, berani kerana benar. Semoga kebenaran akan terbukti jua kelak.

P.S: Kenderaan lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya