November 18th, 2013

Selepas 10 minggu berentap di atas pentas AF2013, akhirnya Faizul dinobatkan sebagai juara program realiti ini. Dengan kemenangan tersebut, Faizul membawa pulang  hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza.
faizul juara afPasangan duo Azhael yang diserap masuk menerusi AFMASUK pula berjaya menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Tempat ketiga dimenangi oleh Amira yang menerima RM20,000 dan Indah pula mendapat tempat keempat serta RM10,000 sebagai hadiah.

faizul juara af

Tempat kelima dan keenam masing-masing dimenangi oleh Nabila dan Aisyah. Sebelum ini Nabila dikatakan mampu membuat kejutan kerana undiannya yang sentiasa berada di kelompok tertinggi. Jadi apa kata anda? Adakah anda menonton konsert akhir AF2013 semalam? Adakah pelajar AF2013 kali ini bermutu? Lontarkan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan bersama.

August 28th, 2013

Abang Nara tiada masalah dengan Zizan Razak. Abang Nara rasa Zizan seorang yang sangat berbakat. Orangnya memang kelakar, spontan dan mampu menarik perhatian penonton. Namun sekiranya Zizan diberikan tugasan untuk menjadi pengacara AF2013, mampukah dia memikul tanggungjawab tersebut?

zizan razak af2013

Mungkin juga kerana AF2013 ini akan menampilkan konsep serba baharu, teknik pengacaraannya juga akan berubah. Daripada sering dilanda kesedihan, mana tahu penyingkiran peserta kali ini dipenuhi dengan gelak tawa. Tiada lagi tangisan. Kadang kala Abang Nara menyampah juga tengok budak-budak tue menangis. Sorang-sorang muka sedih macam tak dapat beli aiskrim.

zizan

Walaupun begitu, sehingga sekarang Zizan tidak membuat kenyataan sama ada dia sudah menerima tawaran untuk menjadi pengacara AF2013. Terpaksalah kita semua menanti. Kata Zizan kepada Mstar Online:-

Rasa kerdil diri saya ini jika terpilih sebagai pengacara AF 2013 kerana pengalaman saya tidak sehebat mana seperti hos-hos terdahulu. Bagaimanapun saya berbesar hati apabila nama saya disebut-sebut sebagai pengacara bagi musim terbaharu ini. AF memang terkenal dengan kejutan jadi musim ini mereka juga ingin membuat kejutan mengenai pemilihan pengacaranya. Jadi kita tunggu sahajalah

Selalunya kalau memang sudah disebut-sebut sehingga ke tahap begini, memang betullah orang yang disebut akan menjadi pengacara. Kalau benar, memang rezeki Zizan. Semoga Zizan dapat membawa kelainan dan pembaharuan di dalam AF2013.