July 6th, 2015

Selepas abangnya, Sam Bunkface mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu kini adik bongsu kepada pelakon terkenal Siti Saleha, Siti Rohana pula dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada awal tahun depan.

Mengakui hatinya sedikit terusik apabila abangnya kini mempunyai kehidupan baru bersama kakak ipar dan juga adik bongsunya yang  bakal mengikut jejak langkah Sam, Siti Saleha bagaimanapun tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Buat apa terburu-buru menamatkan zaman bujang sedangkan saya tidak pasti sama ada pasangan saya itu adalah calon yang terbaik. Bukankah lebih baik kalau kita menikmati kehidupan ini seadanya.

Jelas Siti Saleha, beliau sama sekali tidak tidak pernah mencemburui darah dagingnya sendiri kerana mereka sudah berkeluarga malah beliau juga tidak pernah merasa tersisih dan enggan menjadikan status bujangnya itu sebagai satu perkara besar yang boleh memisahkan kemesraan mereka adik-beradik.

Berbicara mengenai persiapan beliau menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, Siti Saleha cukup teruja untuk berkumpul di rumah bapanya di Klang, Selangor dan bertemu sanak saudara mereka disana.

Memandangkan sepanjang Ramadan beliau terikat dengan jadual penggambaran drama adaptasi daripada novel Uda dan Dara, Siti Saleha mahu memanfaatkan cuti rayanya pada tahun ini.

Kebetulan tahun ini saya mendapat cuti selama dua minggu. Itu yang membuatkan saya tidak sabar untuk menziarahi sanak saudara. Selalunya selepas beraya di rumah ayah, kami akan sama-sama berkonvoi dari satu rumah ke rumah saudara yang lain.

Tidak perlulah tergesa-gesa untuk berkahwin, kenal dahulu luar dan dalam seseorang sebelum membuat keputusan untuk menghabiskan seluruh hayat anda bersama mereka. Iyalah, kalau boleh kahwin ni kita nak kekal sehingga selamanya dan sebelum melangkah ke alam perkahwinan banyak perkara yang harus kita ambil kira.

Sumber Berita: Utusan Online

February 5th, 2013

Yeah ~~~ Berita baik untuk jejaka-jejaka di luar sana. Gadis comel Siti Saleha mengakui yang dirinya kini single-mingle selepas baru 2 bulan putus cinta dengan seorang lelaki Inggeris. Inilah peluang anda untuk masuk line.

siti saleha

Daripada pemerhati Abang Nara, taste lelaki Siti Saleha ini mesti ada muka mat saleh sikit. Sebelum ini kekasih hatinya ialah Syed Adney Syed Hussein pun ada muka kacukan. Jadi kalau anda rasa wajah anda ada gaya-gaya omputih, silalah cuba. Kata Siti Saleha kepada Berita Harian:-

Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu. Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah. Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat.

siti saleha
Kepada peminat Siti Saleha, jangan lupa untuk saksikan filem Kerat 14 yang menggandingkan dirinya dengan Aaron Aziz. Dengar ceritanya, ada babak intim antara mereka berdua. Sila jangan panas hati kalau anda ada menyimpan perasaan terhadap Siti Saleha.

P.S: Madu lebah yang berwarna warni

June 21st, 2011

gambar siti saleha dan kekasih

Apabila rakan Abang Nara di OhBulan mengeluarkan gambar Siti Saleha dan seorang jejaka yang dikatakan kekasih hatinya, terus di dalam hati Abang Nara terdetik:-

Umang aih. Confirm ramai pakwe yang jatuh cinta kat si Nora Elena nie patah jiwa. Merana la jiwa raga diorang. Hik

Abang Nara tahu korang stress jadi apa kata korang stresskan lagi dengan melihat gambar Siti Saleha aka Nora Elena berposing dengan lelaki di atas dengan membaca entri ini sepenuhnya.

gambar siti saleha dan kekasih

gambar siti saleha dan kekasih