June 20th, 2013

Kalau sudah jodoh, pasti tidak ke mana. Usia 54 tahun ternyata tidak menghalang Raja Azmi untuk berkahwin sekali lagi selepas perkahwinannya dengan Jailani Sidek menemui kegagalan. Lelaki bertuah yang berjaya mencuri hati Raja Azmi ialah Eddie, 45 tahun yang merupakan pemain gitar kumpulan rock CRK.

raja azmi kahwin

Eddie juga merupakan seorang duda anak dua. Mereka berdua mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu. Kata Raja Azmi:-

Inilah yang dikatakan suratan takdir. Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat menolak perasaan cinta apabila ia hendak datang dan akhirnya saya dipertemukan deogan seorang lelaki yang saya yakin paling sesuai menjadi calon suami saya nanti.

Perkenalan kami bermula sejak Januari lalu apabila saya diperkenalkan kepada Eddie oleh anak saudara beliau yang juga jurulatih di gimnasium yang selalu saya pergi di Kota Damansara.

Mulanya kami berdua hanya bersahabat namun lama-kelamaan terbit pula perasaan sayang kerana Eddie sangat mengambil berat mengenai diri saya dan mahu mendekati anak-anak saya. Kami juga selalu berbincang dan berkongsi masalah bersama-sama.

raja azmi
Amboi romantik juga Raja Azmi ini. Memang betullah orang kata makin tua makin romantik seseorang itu. Tambah Raja Azmi lagi:-

Eddie berkata sejak isterinya meninggal dunia kira-kira enam tahun lalu, hidupnya sunyi dan dia hanya ditemani dua anak lelakinya. Kemudian keluar bersama anak-anak kami dan kemesraan terus terjalin sebagai sebuah keluarga. Saya akui sangat bahagia kerana seluruh keluarga kami dapat menerima hubungan kami. Doakan kebahagiaan kami.

Menurut Raja Azmi, majlis pertunangan dirancang akan dijalankan pada 15 Julai ini. 2 bulan selepas itu akan diadakan pula majlis pernikahan. Semoga segalanya berjalan lancar buat Raja Azmi dan Eddie. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada anda berdua.

P.S: RM10 juta untuk baiki jalan penunggang motosikal di Federal Highway

March 20th, 2013

Pengakuan cinta Raja Azmi terhadap seorang pemuzik muda yang berusia 27 tahun baru-baru ini memberikan kejutan terhadap banyak pihak. Perbezaan umur yang agak tinggi tidak menghalang mereka berdua untuk jatuh cinta. Sayangnya, cinta tersebut telah pun berakhir sejak sebulan yang lalu.

raja azmi putus cinta

Percintaan dengan pemuda yang bernama Hafiz itu dianggap sebagai cinta monyet oleh Raja Azmi. Berkata kepada Utusan Malaysia, Raja Azmi tidak putus harapan untuk terus bercinta lagi.

Kami sudah berpisah sejak sebulan lalu. Kami berpisah secara baik dan saya juga tidak lagi mengunjungi pusat hiburan di mana dia (Hafiz) bekerja. Saya anggap percintaan tersebut sebagai ‘hujan lalu’, mungkin terlalu terkejut dari perceraian, saya mengambil langkah pantas untuk mencari pengganti. Namun akhirnya saya tahu hubungan ini tidak akan ke mana-mana. Saya tidak akan serik untuk mencari cinta, saya seorang wanita yang ingin dimanja, kerana selama 28 tahun berumah tangga saya sudah biasa begitu. Bagaimanapun, mungkin kali ini kriteria lelaki pilihan itu sedikit berbeza, lebih matang atau sama umur dengan saya

raja azmi

Elok benarlah Raja Azmi mahukan lelaki yang lebih kurang sama umur. Pasti cara pemikiran pun berbeza dan lebih matang kerana sudah banyak pengalaman hidup. Semoga Raja Azmi akan bertemu dengan lelaki idamannya suatu hari nanti. Jangan terburu-buru memburu cinta. Nanti tak kesampaian sekali lagi.

p/s: Hangat betul butik zawara, semua kawan-kawan abang nara dah jadi peminat setia butik zawara, Jom sama-sama tampil bergaya dan sopan dengan koleksi exclusive dari zawara. Kualiti macam jenama antarabangsa tapi harga murahnya!!! KLIK GAMBAR INI

August 15th, 2012

Tersenyum kambing Abang Nara membaca temuramah antara Berita Minggu dan Raja Azmi yang dikeluarkan semalam. Khabar angin telah bertiup menyatakan yang Raja Azmi sudah pun mempunyai hubungan dengan seorang Tan Sri. Namun Raja Azmi memberitahu yang hubungannya itu sekadar kawan-kawan biasa sahaja.

raja azmi

Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah pengakuan Raja Azmi yang rindu untuk bercinta lagi. Menurut Raja Azmi, dia merindui nikmat cinta. Dan kalau boleh, Raja Azmi ingin melangsungkan perkahwinan sekali lagi. Di bawah ialah kenyataan Raja Azmi menerangkan hubungannya dengan Tan Sri:-

Setakat kawan-kawan biasa itu adalah. Ada yang sudah lama kenal jadi lebih rapat kini. Termasuklah dengan ahli perniagaan yang saya kenal. Tetapi untuk kata bercinta atau tidak, saya tidak berani komen. Tapi sebagai manusia, saya sendiri tak menidakkan sebarang kebarangkalian untuk bercinta lagi. Tidak mustahil saya akan jatuh cinta dengannya. Tetapi saya tidak mahu meletakkan harapan menggunung terhadap sesuatu yang belum pasti hujung pangkalnya. Tapi saya tak malu cakap, nak kahwin lagi… teringin untuk bercinta lagi. Saya rindu untuk merasai nikmat cinta itu. Cinta itu indah dan siapa sangka bahtera perkahwinan selama 28 tahun yang dipertahankan rebah juga. Tetapi ada hikmah di sebalik perpisahan itu. Saya harap untuk bertemu cinta baru atau siapa tahu cinta saya dan Jalani bertaut kembali. Semua tidak mustahil.

Amboi. Romantik dan jiwang karat juga rupanya Raja Azmi ini. Madah-madah cintanya boleh tahan jugak. Pasti ada yang akan terpaut kalau terkena penangan ayat-ayat cinta daripada Raja Azmi. Abang Nara doakan agar Raja Azmi dapat bertemu cinta barunya dan merasai nikmat cinta itu sekali lagi. Good luck and all the best kepada Raja Azmi.