Written by Bella | August 3rd, 2015

Baru-baru ini foto Mawar Rashid berpelukan bersama kekasihnya di atas katil telah tersebar di laman sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.  Tidak pernah lekang dengan kontroversi sejak menyertai program Dewi Remaja, Mawar dalam satu kenyataan kepada Berita Harian berkata beliau adalah mangsa perbuatan sesetengah pihak yang ingin mencalarkan imejnya.

Tidak dinafikan ada pihak yang pihak yang mengambil gambar lama saya dan menggunakannya untuk menjatuhkan saya. Namun saya enggan menuding jari kepada mereka. Ini salah saya sendiri kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memilih untuk bergerak aktif dalam bidang seni.

Bagi saya, setiap orang mempunyai kisah silam dan sejarah hitam sendiri. Namun janganlah ia digunakan untuk menjatuhkan individu tersebut.

Belum lagi setahun jagung dalam industri hiburan tanah air, Mawar kini akan lebih berhati-hati ketika ingin berkongsi sesuatu ke media sosial kerana tidak mahu lagi terpalit dengan gosip mahupun kontroversi dan enggan masyarakat serta peminat memandang beliau dari sudut negatif.

Banyak lagi perkara yang Mawar harus pelajari untuk tidak terus menjadi bahan kontroversi dan masyarakat menganggap anda sebagai “bimbo”.

Sumber Berita: BH PLUS

Written by Bella | July 30th, 2015

Peserta Dewi Remaja 2015, Mawar Rashid tidak pernah lekang dengan gosip ataupun kontroversi. Bermula dengan isu beliau dan GST kini beliau dikecam apabila memuat naik foto berpeluk sakan dengan kekasihnya di atas katil.

Foto tersebut telah disebarkan menerusi akaun Instagram miss_kepoh dimana ramai mengkritik beliau sehingga digelar Mawar maksiat (fuh makan dalam tu).

Kalau kata kurang cerdik nanti marah la pulak, tapi tolonglah “pandai” kan diri tu sikit dan janganlah seronok tekan butang upload dan akhirnya memuat naik foto yang boleh menimbulkan kontroversi. Dah banyak kes artis sebegini. Bila orang kutuk janganlah melenting pulak kalau memang berpunca daripada anda sendiri.

Sumber  Berita : Instagram Miss Kepoh