Written by AbangNara | November 20th, 2014

Maka ramailah gadis-gadis di luar sana yang mengalirkan air mata apabila membaca mengenai perancangan aktor kacak, Keith Foo ini. Telah pun melangsungkan pertunangannya dengan kekasih hati, Kim Raymond baru-baru ini, Keith Foo memaklumkan yang dirinya merancang untuk bergelar suami pada tahun hadapan. Untuk makluman, Keith Foo akan berusia 32 tahun pada 2015.

keith foo

Selalunya selebriti akan takut berbicara mengenai perkahwinan kerana risau mengenai populariti yang akan menurun. Namun Keith Foo melahirkan rasa yakin yang peminat sekarang lebih bijak. Kata Keith Foo:-

Umur semakin meningkat dan rasanya saya tidak perlu menunggu lebih lama untuk bertukar status. Perancangan telah dibuat dan saya harap semuanya berjalan lancar.

Sekarang peminat menilai kita dari sudut kebolehan dan bakat lakonan, bukan kerana rupa semata-mata. Ramai artis yang sudah berkahwin masih mencipta populariti dan nama dalam bidang diceburi.

Saya yakin, jika itu yang menjadi pilihan peminat, saya akan terus diterima dalam industri ini.

keith foo

Sementara itu, Keith Foo khabarnya akan membeli sebuah kereta Nissan GTR selepas mendapat kebenaran daripada tunangnya. Fuh~~ Makin bergayalah Keith Foo selepas ini. Muka dahlah kacak, bawak pulak Nissan GTR. Memang makin terserlahlah kemachoan dan kekacakan Keith Foo nanti.

keith foo

Apa pun semoga perancangan Keith Foo dan tunangnya, Kim Raymond berjalan lancar. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar pasangan sama cantik sama padan ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: BH Petrol perkenal Euro 5 diesel

 
Written by AbangNara | June 23rd, 2014

Esok ialah 24 Jun. Kalau mengikutkan desas-desus yang bertebaran sebelum ini, esok adalah hari pertunangan Keith Foo dan kekasihnya, Kim Raymond. Kononnya majlis pertunangan ini akan diadakan di Publika dan kad jemputan telah pun diedarkan. Namun para gadis di luar sana bolehlah menarik nafas lega. Keith Foo menerusi BiPop semalam telah menafikan yang dirinya bakal bertunang.

keith foo nafi bertunang

Apa yang menarik mengenai penafian Keith Foo ini ialah ketenangannya menghadapi gosip sebegini. Respek Abang Nara dengan pelakon baru ini. Tak ada melenting, tak ada nak mengamuk dan tak ada nak makan hati. Ini barulah pelakon sejati kerana menyedari gosip sebegini adalah asam garam dunia hiburan. Kata Keith Foo:-

Bertunang? (ketawa) Saya pun tak tahu! Saya memang dengar ada yang cakap saya nak bertunang pada 24 Jun, ada pula khabar angin menyatakan 28 Jun. Saya sebagai empunya badan pun tidak tahu menahu soal pertunangan yang dihebahkan ini. Mungkin ada yang mahu menjadi penaja pertunangan saya kot… (berseloroh).

Mulanya terkejut juga apabila ramai kenalan bertanyakan hal ini. Ada yang sudah berkecil hati kerana saya tidak mengundang mereka. Saya sebenarnya tidak kisah, saya tidak akan menyorok hari bahagia saya, tentunya saya nak berkongsi perasaan gembira saya bersama teman baik dan peminat.

Diamond (Kim Raymond) biasa saja. Beliau sudah makin terbiasa dengan cerita yang disiarkan. Adatlah apabila berkawan dengan artis seperti saya, apa saa cerita kami pasti jadi bualan ramai.

Saya terlebih dulu dapat menerima situasi ini apabila bergelar pelakon. Saya sudah lama bersedia. Disebabkan itulah saya tidak melenting. Saya terima apa saja gosip yang menghimpit diri dengan hati terbuka. Bak kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Saya tidak pernah berfikir sejauh itu (ada pihak dengki dan ingin jatuhkan diri Keith). Bagi saya gosip sudah menjadi lumrah bagi seseorang artis. Saya pula tidak ambil kisah dan tidak rasa apa-apa.

keith foo

Kalau semua artis macam Keith Foo kan bagus? Alangkah indahnya dunia ini. Hehehe. Memang betul kata Keith Foo. Kalau takut nak dilanda gosip, janganlah jadi artis. Lebih baik jadi tukang masak atau kerja kat 7 Eleven je. Dunia artis biasalah gosip-gosip ini. Kalau kena sikit pun dah nak melenting, lebih baik berhenti jadi artis je. Tak gitu?

P.S: Gambar selfie ibu OKU tersebar.

Written by AbangNara | June 13th, 2014

Pasti retak seribu hati para gadis di luar sana membaca perkhabaran ini. Pelakon kacak bergaya dan paling hangat di pasaran sekarang iaitu Keith Foo bakal bertunang dengan kekasihnya, Kim Raymond pada 24 Jun ini. Kepada yang menyimpan perasaan kepada Keith Foo, lupakanlah sahaja hasrat murni anda itu. Hati Keith sudah dimiliki dan bakal dimeterai dengan ikatan pertunangan.

Keith foo tunang

Majlis pertunangan dikatakan akan berlangsung di Publika pada waktu malam. Keith Foo juga telah mula menghantar kad jemputan kepada rakan-rakan rapatnya. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Keith Foo atas berita gembira ini. Semoga pertunangan ini akan dibawa ke jinjang pelamin. Tahniah Keith dan Kim. Info asal Murai.

Written by AbangNara | January 8th, 2014

Pantas sungguh masa berlalu. Teringat kali pertama Abang Nara bersua muka dengan pelakon kacak, Keith Foo sekitar Jun 2012. Terlebih dahulu mencipta nama di Indonesia, kini nama Keith Foo semakin popular di Malaysia lebih-lebih drama lakonannya, Ariana Rose kini sedang ditayangkan di TV3. Pasti ramai gadis di luar sana yang sudah jatuh cinta dengan kekacakan dan kemachoan pelakon ini bukan?

gambar kekasih keith foo

Sayangnya gadis-gadis yang berminat dengan Keith Foo bolehlah terus menyimpan sahaja perasaan itu. Ini kerana setelah putus cinta dengan pelakon Indonesia Tyas Mirasih, Keith kini telah pun menemui pengganti cinta hatinya. Gadis bertuah itu bernama Kim Raymond. Memang kedua-duanya sama cantik sama padan.

gambar kekasih keith foo

Semoga hubungan Keith Foo dan Kim Raymond berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Kalau tak silap Abang Nara, umur Keith tahun ini sudah pun mencecah 31 tahun. Sesuai sangat untuk berkahwin. Apa pun diharap Keith terus memberikan lakonan mantap seperti mana yang ditunjukkan di dalam Ariana Rose. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Adakah ini rekabentuk terbaru Mazda 2 2014?