November 18th, 2014

Baru semalam Abang Nara kongsikan gambar Hanez Suraya dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai juruterbang, hari ini pelakon jelita tersebut telah tampil membuat pengakuan yang dirinya berkawan rapat dengan jejaka tersebut. Istilah berkawan rapat digunakan kerana mereka masih belum masuk ke fasa bercinta. Keikhlasan hati si lelaki jelas terserlah kerana tidak kisah dengan kontroversi yang melanda Hanez selama ini. Orang macam ini yang kita cari.

hanez suraya

Selain membuat pengakuan berkawan rapat, Hanez juga turut meminta diberi ruang untuk menjalani kehidupan seperti orang lain. Iyerlah, kongsi gambar dengan lelaki terus kena gosip. Kesian jugak kat si Hanez nie. Kata Hanez:-

Sudahlah buat gosip pasal saya. Apa yang jadi (kontroversi) pada saya sebelum ini, cukuplah. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Saya bimbang nanti kalau tersalah cakap, lain pula cerita yang timbul.

Kami berkawan rapat. Itu saja yang boleh saya katakan. Selama ini dia banyak bagi semangat kepada saya. Dia tahu tentang kontroversi saya tetapi dia tidak kisah berkawan dengan saya. Kami pun bukannya selalu berjumpa.

Berilah saya peluang dan ruang untuk menjalani kehidupan seperti mana orang lain. Bagilah saya bahagia dengan jalan saya sendiri. Salahkah saya hendak berkawan. Selama ini saya ada juga mengambil gambar dengan lelaki tetapi tidak pula dijadikan isu.

Mesra sangatkah gambar yang tersebar itu sehingga orang mahu buat spekulasi macam-macam? Lagipun kapsyen di gambar itu pun tidak menunjukkan kami ada hubungan lebih dari sekadar berkawan. Saya tahu dia memuat naik gambar itu dan saya tak kisah sebab apabila lepak dengan kawan, kita mengambil gambar bersama.

Tapi apa yang pelik, IG dia ‘private’. Jadi saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar.

hanez

Biasalah kalau dah namanya selebriti, pasti akan ada ‘stalker’ yang sentiasa memerhatikan tingkah laku kita. Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang artis. Tak apalah Hanez. Pedulikanlah kata-kata orang. Yang penting Hanez dan si juruterbang jujur dalam berkawan. Mana tahu ada rezeki suatu hari nanti boleh naik ke jinjang pelamin pulak. Tak gitu? Sumber MalaysianDigest.

mybabyP.S: Dapatkan baju dan lain-lain barangan comel untuk bayi anda dengan harga yang AMAT MURAH hanya di MyBabyButton.

 

November 17th, 2014

Patah tumbuh hilang berganti. Cinta yang berlalu pergi janganlah dikenang. Hati yang dilukai hanya mampu diubati dengan mencari cinta baharu. Amboi. Pepagi Isnin ini romantik pulak Abang Nara. Bukan apa, setelah putus cinta dengan Romie, Hanez Suraya dikhabarkan kini sedang bercinta dengan seorang ‘pilot’. Tidak diketahui tahap mana perhubungan mereka, mungkin masih mengenali hati budi, namun kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan.

hanez suraya dan kekasih baru

Mungkin juga mereka sekadar kawan biasa. Tak ada pula nampak aksi mesra di dalam gambar-gambar mereka berdua. Nampak hubungan mereka lebih kepada sahabat, bukannya pasangan kekasih. Namun siapa tahu kan? Kalau bercinta pun tak ada salahnya. Yang penting jangan suami orang. Kang tak pasal-pasal episod duka berulang kembali.

hanez suraya dan kekasih baru

Jika benar mereka berdua sedang mengenali hati budi masing-masing, semoga hubungan ini akan berakhir dengan penyudah yang gembira buat Hanez dan si ‘pilot’. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber portal Murai.

P.S: Lukisan yang dihasilkan dengan tayar basikal. Awesome!!!

hanez suraya dan kekasih baru
hanez suraya dan kekasih baru
hanez suraya dan kekasih baru

September 17th, 2013

Berita baik buat jejaka-jejaka di luar sana yang meminati Hanez Suraya. Jika sebentar tadi Abang Nara kongsikan gambar mesranya bersama seorang lelaki, menerusi Utusan Malaysia, Hanez telah tampil memberitahu bahawa lelaki itu hanyalah teman biasanya. Bolehlah korang menarik nafas lega.

hanez

Untunglah lelaki di atas jadi kawan pun dapat pegang dan ambil bau Hanez Suraya. Balik boleh cerita kehebatan kepada rakan-rakan. Kata Hanez:-

Saya masih solo tanpa teman istimewa. Lelaki dalam gambar tersebut hanyalah seorang kawan yang turut berada di sana sewaktu saya sedang bekerja. Dia hanya teman biasa. Saya tidak risau untuk berdepan dengan pihak media dan sedia menjelaskan mengenai gambar-gambar tersebut

hanez

Selepas ini pasti berebut-rebut semua lelaki nak jadi kawan Hanez Suraya. Nasib baik Abang Nara dah kahwin kalau tak mesti Abang Nara pun join jugak sekali. Diharap Hanez lepas ini lebih berhati-hati. Jangan beri harapan kepada kawan-kawan lelaki anda. Nanti takut ramai yang kecewa. Hehehe.

P.S: Sekitar Pameran Motor Frankfurt.

September 17th, 2013

Fuh~~ Patah tumbuh hilang berganti. Hilang pakwe lama, pakwe baru boleh dicari. Amacam pantun 2 kerat Abang Nara? Ini semua gara-gara 2 keping gambar yang dikongsi oleh pembaca BeautifulNara menerusi Facebook. Di dalam kedua-dua gambar tersebut, kelihatan seseorang jejaka sedang memeluk pinggang Hanez Suraya dengan begitu mesra sekali. Adakah ini kekasih baru Hanez?

hanez suraya

Gambar di bawah pula lebih “daring” apabila si jejaka kelihatan seperti sedang membisikkan sesuatu ke telinga Hanez. Mungkin dia sedang cuba menghidu bau syampu yang digunakan oleh Hanez. Nampak khusyuk semacam kan?

hanez suraya

Adakah Hanez Suraya sudah menemui pengganti selepas putus dengan Awi Rafael baru-baru ini? Atau ini sekadar lakonan di dalam video klip atau drama terbarunya? Hanya Hanez sahaja yang tau. Kalau sudah ada kekasih baru, meraunglah pakwe-pakwe di luar sana yang menyimpan perasaan kepada Hanez. Tak gitu?

best

P.S: Dapatkan produk-produk kosmetik, penjagaan kulit, beg tangan dan minyak wangi pada HARGA TERBAIK hanya di Best Buy World Malaysia. Dijamin harga yang paling rendah anda pernah lihat. Pasti anda akan teruja!!! LIKE Facebook Best Buy World Malaysia sekarang atau layari www.my.bestbuy-world.com untuk lihat sendiri dengan mata anda.