July 30th, 2013

Fuh ~~ Memang gentleman sungguh Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin ini. Sebelum ini Abang Nara pernah menulis artikel mengenai hubungan teman tapi mesranya dengan Adira, hari ini menerusi Berita Harian, Shahrul mengakui tidak akan menolak sekiranya memang sudah tertulis jodohnya adalah Adira.

adira dan shahrul

Kalau Abang Nara jadi Shahrul pun, buat apa nak tolak gadis secantik Adira kan? Kata Shahrul:-

 

Saya tidak menolak jika ditakdirkan antara kami memang ada jodoh. Jadi, doakanlah yang baik-baik. Jika hubungan ini melangkah ke peringkat seterusnya, saya bersyukur. Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain. Buat masa ini, Adira saja kawan perempuan yang dekat dengan saya. Malah, Adira juga mengenali keluarga saya dan rapat dengan mereka. Sebelum ini, dia berkawan baik dengan adik saya

adira

Kalau dah sampai tahap kenal keluarga, nampaknya hubungan mereka ini sudah lebih maju daripada apa yang Abang Nara sangkakan. Baguslah begitu. Apabila ditanya sama ada status selebriti Adira bakal menimbulkan masalah dalam perhubungan mereka, Shahrul menjawab:-

Nyanyian juga ialah satu pekerjaan. Dan, tidak salah sekiranya saya sebagai orang biasa berkawan rapat dengan selebriti. Pemikiran (negatif) yang kita lihat sekarang perlu ditangkis, di mana selebriti tidak boleh berkawan dengan orang seperti saya.

Kita juga tidak harus mempunyai anggapan semua selebriti bermasalah. Selama saya mengenali Adira, saya dapati dia seorang yang tidak suka keluar malam dan tidak gemar bersosial.

Dia memang berbeza daripada yang lain. Semua itu kita dapat nilai dan lihat apabila kita berkawan rapat dengannya. Kita tidak boleh melihat dari luaran ataupun mendengar mulut orang saja.

Kalau hati sudah suka, semua benda akan nampak sempurna di mata sendiri kan? Namun yang pasti, Shahrul lebih mengenali Adira dan pastinya tahu sama ada Adira sesuai dengan dirinya atau tidak. Semoga kali ini, Adira akan benar-benar bertemu lelaki pilihannya setelah gagal beberapa kali sebelum ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: 10 kereta sport yang menjimatkan minyak

Advertisement
July 15th, 2013

GBG1M ialah singkatan kepada Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Shahrul Nasrun pula ialah Presiden kepada gerakan ini. Adira pula dikatakan semakin rapat dengan Shahrul sehingga timbul cerita yang kononnya mereka berdua akan bertunang dan seterusnya mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

adira shahrul nasrun

Gosip ini timbul gara-gara sekeping gambar yang telah dikongsi oleh Ezuwan Ismail, seorang pereka baju tempatan. Dengan caption berbunyi “Baru selesai berbincang dengan Adira dan Shahrul persediaan untuk..“, sudah tentu akan wujud pelbagai andaian. Namun Adira menafikan yang dia dan Shahrul akan bertunang. Kata Adira:-

Nak tergelak saya apabila orang kata kami akan bertunang dan nak berkahwin. Mana ada, kami baharu saja kenal. Peliklah apabila masih ada segelintir individu yang membuat spekulasi dan andaian tanpa usul periksa.

Kami masih mengenali diri masing-masing. Belum serius, tetapi melihatkannya cukup serius dalam kerja dan sering membantu golongan yang susah membuatkan saya tertarik dengannya.

adira shahrul nasrun

Baju sedondon yang ditempah oleh Adira dan Shahrul adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan Ezuwan Ismail di Kelantan pada Hari Raya ketiga kelak. Oleh kerana Shahrul adalah orang Kelantan, Adira akan turut sama beraya bersama Shahrul dan keluarganya di sana kelak.

adira shahrul nasrun

Kalau dah pakai baju sedondon, raya pun bersama keluarga si lelaki, pasti ada sesuatu yang istimewa sedang berlaku di dalam hubungan Adira dan Shahrul. Kita doakan yang terbaik buat mereka. Kedua-duanya pun sama cantik dan sama padan. Kalau betul ada jodoh, Adira kena belajar makan budu la nampak gayanya. Hehehe.

P.S: Selepas kontroversi menghina bulan Ramadhan, Alvin dan Vivian buat video mohon maaf

Advertisement