July 18th, 2016

Selepas beberapa tahun hidup sendirian tanpa kehadiran seorang lelaki, Rita Rudaini berkata beliau tidak menolak jika bertemu dengan jodoh yang sesuai buat dirinya satu hari nanti.

Walaubagaimanapun, Rita sedar buat masa ini belum ada mana-mana lelaki yang berani untuk mendekati dirinya.

Buat masa ini saya memang tidak mahu kahwin tapi jika suatu hari nanti Allah beri orang yang baik saya terima.

Cuma sekarang ini saya rasa tiada lelaki yang berani dekat dengan saya kerana mungkin mereka takut saya heret mereka ke mahkamah.

Namun, Rita ada berkongsi satu cerita dimana beliau pernah rapat dengan seorang lelaki sebelum ini tetapi lelaki berkenaan sudah meninggal dunia pada bulan April lepas kerana menghidapi penyakit kronik.

Menyifatkan lelaki itu sebagai insan yang benar-benar memahami dirinya, hubungan Rita dan lelaki itu cuma di alam maya sahaja dan mereka tidak berkesempatan untuk berjumpa.

Hubungan kami hanya di alam maya sahaja tapi saya akui dia lelaki paling memahami dan selesa untuk berkongsi perasaan.  Dia meninggal dunia pada April lalu, kami belum pun sempat bertemu kerana dia tinggal di luar negara.

Dia baik dan kami sering berhubung, malah dia ada meluahkan perasaannya yang sukakan saya. Tetapi saya sejak awal beritahu bahawa saya tidak mahu berkahwin.

Bukan lelaki takut untuk dekat, tetapi mungkin belum lagi jodoh Rita Rudaini untuk bertemu dengan lelaki yang benar-benar sayangkan beliau dan anak-anak.

Sumber Berita : mStar Online

February 1st, 2016

Sebelum ini, Izreen Azminda mengatakan aktres Rita Rudaini sudah bertemu dengan seorang jejaka yang berjaya mencuri hatinya.

Kenyataan itu sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Rita bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama sahaja lagi.

Namun, menerusi satu kenyataan terbaru di portal Utusan Online Rita menafikan perkara berkenaan dan memberitahu buat masa ini beliau belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Saya anggap ini merupakan salah faham semata-mata. Entah saya sendiri pun tak tahu bagaimana isu tersebut boleh timbul tetapi yang boleh dikatakan sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda ke arah itu.

Nak bernikah semula ini kena ada rasa. Masalahnya sampai sekarang hati saya belum terbuka untuk mengenali mana-mana lelaki dan berkahwin. Mungkin belum tiba masa yang sesuai lagi.

Bukan pintu hatinya tertutup untuk berkahwin tetapi fokus Rita kini hanyalah ingin membesarkan kedua-dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Setiap hari saya sibuk menguruskan anak-anak bermula pukul 5 pagi. Anak yang sulung sudah darjah satu dan pastinya rutin harian saya juga turut berubah sejak dia mula bersekolah.  Saya yang mengurus dan menghantar dia ke sekolah setiap hari. Lepas itu saya di set penggambaran.

Bila masa saya nak berkenalan dengan orang? Kalau ada yang hantar WhatsApp  hari ini, mungkin saya akan balas esok. Habis macam mana? Adakah yang sanggup rapat dengan saya?

Soal jodoh ini kita tidak boleh tahu, mungkin satu hari nanti ada sahaja lelaki yang boleh menyayangi Rita dan anak-anaknya dengan baik.  InshaAllah.

Sumber Berita: Utusan Online

January 12th, 2016

Sebelum ini ramai yang sudah boleh agak aktres Rita Rudaini sedang dilamun cinta apabila memuat naik foto serta kapsyen seakan hatinya sudah diisi dengan cinta di akaun Instagram miliknya.

Namun, Rita menafikan perkara tersebut dan memberitahu ia sebenarnya gimik bagi produk minyak wangi jenama beliau sendiri.

Tup-tup hari ini rakan karibnya, Izreen Azminda mendedahkan Rita sememangnya sudah bertemu pengganti tetapi beliau enggan memberitahunya secara lanjut kerana menganggap lebih manis untuk tuan empunya badan sendiri yang mengumumkan perkara berkenaan.

Saya selalu usik Rita yang dipanggil Kak Long… iaitu kalau Kak Long tak kahwin lagi macam mana adik nak kahwin?

Jadi, bila saya dengar khabar dia sudah temui seseorang, saya tumpang gembira. Dia temui seorang lelaki yang baik hati dan sebagai teman saya doakan kebahagiaannya. Namun biarlah Rita yang menjelaskan sendiri semuanya.

Buat Izreen sendiri yang sudah bergelar janda lebih daripada setahun, beliau sehingga kini masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.

Buat masa ini belum ada teman lelaki mahupun calon suami untuk berkahwin semula.  Masih belum ada lelaki yang benar-benar dapat memikat hati saya.

Izreen mencari seorang lelaki yang betul-betul boleh menerima diri beliau seadanya dan boleh menyayangi anak lelakinya Adrian Umar seperti anak mereka sendri.

Saya hanya akan terima lelaki itu andai dia boleh terima dan menyayangi anak lelaki saya. Dia kena ikhlas dan jujur sayang anak saya, bukannya buat-buat hanya untuk mendapatkan saya.

Wah, nampaknya memah sah la Rita Rudaini dah bertemu dengan cinta baharu. Siapalah agaknya jejaka yang berjaya memikat hati Rita yang dahulunya seakan serik untuk mempunyai teman lelaki? Hehe..mungkin sudah tiba masa untuk Rita kali ini betul-betul bahagia dan anak-anaknya juga perlukan kasih sayang serta perhatian seorang bapa.

Sumber Berita: Mangga Online

December 23rd, 2015

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Rita Rudaini sudah bertemu dengan cinta baharu apabila beliau sering memuat naik foto dengan kapsyen yang seakan memberitahu ada seseorang yang hadir mengisi kekosongan didalam hidupnya.

Sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan, ramai peminat Rita mengharapkan artis pujaan mereka itu menemui seseorang yang betul-betul sesuai buat dirinya.

Walaubagaimanapun, menurut Rita setiap kapsyen berbunga itu sebenarnya berkaitan dengan produk minyak wangi beliau sendiri yang baharu sahaja dilancarkan pada hari Sabtu lepas . (Haish, betul-betul la kami ingat Rita sudah ada kekasih baharu.)

Namun, Rita tetap merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan beliau.

Sebenarnya, cinta yang dimaksudkan adalah minyak wangi itu dan saya mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan produk ini. Peminat memberitahu mereka ingin melihat saya bahagia dan doa itu membuatkan saya gembira.

Meskipun belum bersedia untuk menempuhi alam percintaan, Rita berharap dipertemukan dengan insan terbaik yang ikhlas menyayangi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sekarang saya masih solo, namun itu bukan bermakna saya serik bercinta lagi, cuma penat perlu menjaga hati orang. Pun begitu, saya minta peminat terus mendoakan saya bertemu jodoh yang menyayangi saya dan anak.

Tidak apa Rita, carilah lelaki yang sesuai dengan diri anda dan mampu untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anak anda tanpa batasan perlahan-lahan. Dalam mencari cinta ini kita tidak boleh terburu-buru, kenal hati budi dengan lebih mendalam dan kami yakin satu hari nanti Rita akan bahagia juga.

Sumber Berita: Harian Metro