Written by Bella | August 8th, 2018

Penyanyi Haqiem Rusli sekali lagi memberitahu tindakan dia merampas mikrofon peserta program I Can See Your Voice Malaysia yang mengundang kontroversi sejak beberapa hari lalu hanya sekadar ingin memeriahkan lagi program tersebut tanpa niat untuk memalukan sesiapa.  Haqiem tidak sangka ia boleh menimbulkan salah faham dan membangkitkan kemarahan ramai.

Ia program hiburan dan saya cuma mahu bergembira dengan bergurau. Tidak sangka pula netizen tidak boleh menerima cara gurauan saya itu. Ketika insiden itu, artis lain turut sama bergurau dan meminta saya membetulkan nyanyian peserta terbabit. Saya pergi sekadar untuk bergembira dan tidak berniat mahu mengenakan sesiapa.

Meskipun menerima pelbagai kecaman daripada netizen, Haqiem bagaimanapun berkata beliau sudah lali dengan kritikan negatif yang dilemparkan kepada dirinya. Dalam erti kata lain beliau tidak kisah lagi dikecam.

Saya sudah tak kisah dan lali dengan kecaman kerana pernah dihentam lebih teruk sebelum ini. Lebih baik saya berfikiran positif, selagi ia tidak mengganggu perjalanan karier saya. Cuma saya pelik, kecaman sering diberikan di laman sosial. Tetapi apabila saya membuat persembahan, ramai yang bersorak dan memenuhi pentas. Saya ternanti-nanti saat mereka yang membenci datang dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Saya juga ingin tahu mengapa mereka begitu membenci hingga saya selalu dihentam di laman sosial.

Untuk kekal dalam industri hiburan, pastinya seseorang artis itu harus juga menerima kritikan orang ramai dengan hati yang terbuka dan mungkin juga memperbaiki kesalahan yang dilakukan. Tidak salah untuk mempertahankan diri jika terlibat dengan kontroversi tetapi biarlah pada masa yang sama mempunyai sifat rendah diri dan mengakui kesilapan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 4th, 2018

Hampir setiap muat naik usahawan kosmetik Nur Sajat pasti akan mengundang kontroversi. Baru sahaja dikritik kerana menayang bentuk lurahnya semata-mata ingin membuktikan dirinya seorang perempuan, kali ini Sajat dikecam netizen yang kurang senang melihat foto dirinya berpelukan dengan pelakon jelita, Fasha Sandha.

Fasha juga turut terkena tempiasnya apabila sesetengah netizen mempersoalkan beliau berpelukan dengan bukan mahram. Malah, pakaian Fasha yang agak seksi di bahagian dada turut dikritik.  Dipercayai, foto mereka itu diambil ketika Fasha dan Sajat berhibur di sebuah kelab malam.

Namun, ada yang mengatakan Sajat sebenarnya memuat naik foto lama beliau bersama Fasha. Buktinya, rambut Fasha ketika itu masih lagi pendek sedangkan penampilan aktres itu sudah berubah kini dan kembali dengan imej berambut panjang.

Gambar terbaru Fasha

Kami pun tidak tahu apa motif Sajat berkongsi foto lama tersebut di akaun Instagramnya sehingga nama Fasha juga turut terjejas dengan pelbagai tuduhan daripada netizen. Netizen yang mengecam juga sepatutnya siasat dahulu jika ia adalah foto terbaru ataupun sebaliknya dan bukan membuta tuli menghentam orang lain.

Written by serenity | April 30th, 2018

Hujung minggu lepas hangat dengan kisah Ara Johari, penyanyi lagu Bunga yang dikecam Netizen kerana memuat naik rakaman sebahagian filem Avengers: Infinity War di IG Storynya.

Bukan setakat dikecam, malah ada Netizen yang memaki hamun Ara Johari kerana memuat naik rakaman itu. Kepada Melodi TV3 29 April, Ara mendakwa dia tidak berpuas hati dengan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya:

Ia untuk Story sebenarnya. 15 saat. I bukannya record the whole movie. Dorang maki sampai keluar kata-kata kesat. I tak puas hati pasal itu, and then I upload lagilah. Why not you just skip my Story? Kenapa nak tengok kalau benda tu jadi spoiler? Kemudian benda tu jadi viral.

Kalau ikut undang-undang untuk movie memang salahlah kalau I upload. Tapi bagi I benda tu normal. Ramai sangat orang buat. Story 15 seconds, bukannya record the whole movie. I record story 15 seconds and tak la nampak skrin sangat. I record nampak skrin dalam 5 seconds je tak tau benda tu jadi isu pula.

Ditanya jika dia ada menerima apa-apa tindakan akibat memuat naik rakaman itu ke media sosial, Ara memberitahu:

So far, tak ada lagi alhamdulillah la, kita tengok nanti ada ke, tak ada ke.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | March 30th, 2018

Ramai yang berkata, lumrah hidup sebagai seorang selebriti popular pasti akan dihimpit kontroversi dan gosip. Namun, awal tahun ini sahaja Neelofa ditimpa satu demi satu kontroversi yang mengundang pelbagai kecaman daripada netizen.

Namun, setiap fitnah dan kritikan yang diterima sedikit pun tidak membuatkan Neelofa berduka. Malah, ia menjadikan beliau seorang yang lebih kuat dan tabah.

Saya gembira dengan diri sendiri, dengan kehidupan dan dengan apa yang ada. Apa pun yang telah terjadi, saya tahu kritikan tetap akan datang. Kekal positif dan kuat melawan itu semua.

Saya belajar mengenali dengan lebih dalam siapa diri sendiri. Nilai hidup yang dimiliki, kekurangan dan kelebihan. Apa pun orang cakap, tak ada yang boleh mematahkan saya. Campaklah fitnah apa pun, kecaman apa pun, itu adalah peluang saya belajar kenali diri lagi. Saya bersyukur Allah datangkan ujian yang tersirat dengan hikmah yang maha besar.

Tidak dinafikan, Neelofa bukanlah calang-calang wanita kerana beliau bukan sahaja dikenali dalam bidang seni tetapi melakar kejayaan sendiri menerusi perniagaan yang diusahakannya. Ambil lah sisi positif Neelofa sebagai inspirasi untuk wanita lain mencapai kejayaan mereka sendiri.

Sumber Berita : Utusan Online