Written by Bella | October 21st, 2015

Khabar angin tentang Emma Maembong menampar Kamal Adli di taman rekreasi mendapat pelbagai respon daripada peminat.

Ramai yang ingin tahu betul atau tidak kejadian itu berlaku kerana Emma merasa cemburu dengan Kamal yang memandang perempuan lain sewaktu mereka berdua keluar bersama.

Hanya berdiam diri mengenai berita tersebut sebelum ini, Emma menerusi portal Murai mengakui beliau ada menampar Kamal. Namun, buat mas aini beliau tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai tindakannya itu.

Ya betul, memang saya ada lakukan perkara itu (menampar Kamal). Tapi saya tidak boleh jelaskan sekarang kenapa saya melakukannya.

Ada sesetengah pihak mendakwa ia hanya sekadar gimik kerana penjelasan tentang perkara berkenaan akan disiarkan menerusi rancangan Melodi TV3 pada hari Ahad ini.

Apa sebenarnya yang terjadi? Hurmm, sama-sama kita nantikan perkembangannya Ahad  ini. Mungkin kah ada kejutan daripada mereka?

Sumber Berita: Murai & BH ONLINE

Written by Bella | October 19th, 2015

Sering dilabelkan sebagai pasangan yang cukup mesra dan sepadan bersama, peminat terkejut apabila timbul khabar angin bahawa Emma Maembong telah menampar Kamal Adli  semasa mereka sedang bersiar-siar di sebuah taman rekreasi di ibu kota baru-baru ini.

Menurut beberapa sumber, Emma bertindak sedemikian kerana merasa cemburu apabila Kamal sedang asyik memerhatikan seorang gadis berhampiran mereka.

Nyata Kamal memang tidak menyangka Emma akan bertindak sebegitu dan turut tergamam kerana sebelum itu mereka tampak sungguh bahagia berjalan berdua-duan.

Enggan mengakui mereka sedang bercinta, berita ini seakan memberikan gambaran mereka  merupakan pasangan kekasih, iyalah jika tidak mempunyai sebarang hubungan takkanlah Emma sungguh beremosi ketika Kamal perhatikan gadis berkenaan.

Walaubagaimanapun, Kamal tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai gosip ini dan Emma juga gagal dihubungi oleh pihak media.

Ermm apa yang terjadi sebenarnya eh? Ataupun ini merupakan promo  untuk drama mereka?

Sumber Berita: Harian Metro