September 5th, 2016

Meskipun pergolakan kisah percintaan mereka menjadi bualan ramai, pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong masih lagi boleh muncul bersama di acara karpet merah FFM 28 pada hari Sabtu lepas. Ia semestinya mencetuskan pelbagai tanda tanya tentang status terkini hubungan mereka.

Bercakap kepada portal BH ONLINE, Kamal menjelaskan beliau dan Emma tidak pernah bermasam muka. Walaubagaimanapun, Kamal enggan mendedahkan perkembangan lanjut hubungan mereka dan meminta peminat mendoakan yang terbaik.

Kami berjalan berdua di FFM 28 selepas saya mengajaknya untuk ke acara itu bersama-sama. Saya bagaimanapun tidak boleh bercerita lebih lanjut lagi mengenai perhubungan kami.  Apa yang saya boleh katakan, saya dan Emma masih berbaik dan doakan yang terbaik buat kami.

Emma pula memberitahu  perselisihan faham antara mereka tidaklah begitu serius sehingga boleh mencetuskan pergaduhan besar.

Saya dan Kamal tidak pernah bergaduh. Apa yang berlaku tidaklah terlalu serius dan saya juga enggan bercerita lebih-lebih. Kami berjalan bersama (di FFM28) pun kerana dia (Kamal) bertanya pada saya mengenai perkara itu, dan saya ok saja.

Biasalah dalam bercinta tidak selalunya indah belaka. Kalau ada jodoh inshaAllah hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong akan berkekalan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement