Written by Bella | October 26th, 2015

Sekitar minggu lepas, timbul khabar angin mengatakan pelawak Zizan Razak sudah meletakkan syarat untuk tidak berlakon bersama Kamal Adli dalam mana-mana produksi.  Beberapa pihak mempercayai Zizan bertindak sedemikian kerana ia ada bersangkut paut dengan perpisahan beliau bersama Emma Maembong.

Mendengar berita itu, Kamal menerusi mStar Online berkata beliau sama sekali tidak mempunyai masalah dengan Zizan tetapi merasa terkejut apabila namanya digugurkan daripada membintangi filem Abang Long Fadil 2 bersama pelawak tersebut.

Saya sendiri keliru apabila timbul cerita-cerita kurang enak tentang kami berdua kerana setahu saya kami tidak pernah bergaduh dan sebagai seorang pelakon saya profesional jika kami digandingkan.

Sekiranya benar nama saya digugurkan daripada membintangi Abang Long Fadil kerana dia enggan kami bergandingan saya rasa ia tindakan kebudak-budakkan dan apa salah saya sehingga ingin menutup periuk nasi saya?

Tambah Kamal, Zizan seharusnya tidak mencampurkan soal peribadi bersama kerja jika benar beliau tidak mahu bergandingan dengan Kamal hanya kerana merasa cemburu dengan hubungan rapat beliau dan Emma sekarang. Bak kata orang perkara yang lepas jangan lagi dikenang, Zizan harus teruskan kehidupan.

Dia lebih tahu dan tidak sepatutnya menyalahkan saya. Perkara yang sudah berlalu buat apa lagi dikenang, tolonglah ‘move on!

Setakat ini Zizan juga tidak tampil memberikan penjelasan adakah benar beliau membuat keputusan begitu. Jika ya, mungkin ia sedikit tidak profesional dan beliau seharusnya sudah boleh tinggalkan kenangan lama bersama Emma. Bukan ke Zizan mengakui bakal berkahwin?

Sumber Berita: mStar Online