May 11th, 2017

Pelakon Intan Ladyana sebelum ini pernah seakan memberitahu beliau sedang mengenali hati budi seseorang. Walaubagaimanapun, Intan kini sudah serik untuk bercerita tentang soal cinta kerana pernah gagal beberapa kali di dalam percintaan.

Menurut Intan, beliau akan memberitahu dan bercerita tentang soal cinta jika perkara itu sudah benar-benar pasti sehingga ke jinjang pelamin.

Insya-Allah, saya tidak mahu cakap apa-apa, doakan yang terbaik. Saya dah serik bercakap soal ini dan belajar daripada pengalaman lalu. Kalau orang tahu, tahulah, jika betul-betul ingin berkahwin nanti saya beritahu.

Intan sebelum ini pernah bercinta dengan pakar kesihatan, Kevin Zahri. Selepas mereka berpisah, Intan mula menjalinkan hubungan dengan aktor Kamal Adli selama  6 tahun lamanya sebelum mereka membawa haluan masing-masing pada tahun 2014.

Sumber Berita : mStar Online