January 30th, 2020

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein baru-baru ini telah selesai melakukan lima persandingan impiannya iaitu majlis merisik, bertunang, bernikah, resepsi serta majlis sambut menantu yang diadakan di rumah keluarga suaminya di Kuala Krai, Kelantan pada Selasa lalu.

elly mazlein

Menerusi perkongsian di Instagram, Elly turut memuat naik foto dia menyental dan mencuci periuk serta kuali di atas longkang. Memang tidak kekok langsung dan ringan tulang membantu menyelesaikan tugas-tugas mengemas selepas majlis perkahwinan.

Gigih sental kuali, selipar tetap glamor

elly mazlein sental kuali

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen ada selipar berenda biru yang dipakai Elly. Tetap maintain ‘vogue’ dalam apa juga keadaan.

elly mazlein sental kuali elly mazlein sental kuali elly mazlein sental kuali elly mazlein sental kuali

Sesi masak bersama mak mertua dan ipar duai

elly mazlein sental kuali

Bukan itu saja, Elly juga berkongsi momen ketika sesi masak memasak bersama ibu mertua dan ipar duai.

Pandai betul Elly ambil hati suami dan ibu mertua, patutlah disayangi. Semoga kekal bahagia sehingga ke syurga.

May 23rd, 2018

Beberapa hari lalu, netizen terkejut dengan pendedahan Elly Mazlein yang mendakwa bekas suaminya, Azmi Hatta mahu beliau dipenjarakan dan menuduh dirinya sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

Konflik mereka ini mencetuskan kontroversi hangat dan kali ini isteri Azmi iaitu Faye Kusairi sudah mula bersuara apabila dikritik dan dihimpit pelbagai persoalan.

Faye nampaknya mempertahankan suaminya dan meminta Elly mengemukakan bukti yang kukuh disebalik semua dakwaan ke atas Azmi.


Terdahulu, Elly turut meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap Azmi yang tidak memberikan nafkah kepada anak mereka, Putri Sara Sefhia.  Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah supaya Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober tahun lalu. Azmi dan Elly sah bercerai pada 15 Oktober 2015. Kemudian pengarah itu mendirikan rumah tangga bersama pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017.

May 21st, 2018

Penyanyi Elly Mazlein sebentar tadi memuat naik video yang agak mengejutkan dengan mendedahkan bekas suaminya itu ingin memenjarakan beliau atas alasan mendakwa Elly sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, mujurlah perkara tersebut tidak akan berlaku apabila mahkamah telah menolak tuntutan bekas suaminya itu. Elly merasa syukur kerana keadilan berpihak kepada dirinya.

Dalam pada itu, Elly turut mempersoalkan mengapa Azmi tergamak untuk memisahkan seorang ibu dengan anaknya. Elly terkilan dan kecewa betapa susahnya  bekas suaminya itu menunaikan nafkah yang tidak besar jumlahnya serta masih ingin terus menyiksa kehidupan beliau dan anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia.

Jika perkahwinan terdahulu tidak menjadi, janganlah biarkan anak pula yang menjadi mangsa. Sebagai seorang bapa, cubalah bertanggungjawab untuk memberikan nafkah yang wajib ke atas anak anda.  Kami harap segala urusan Elly untuk mendapatkan hak anaknya itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Kekal tabah menghadapi dugaan demi anak tercinta.

April 30th, 2018

Sering memuat naik status serta hashtag berbaur sindiran terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memberitahu beliau sedikit pun tidak hirau dengan masyarakat yang mengkritik tindakannya itu.

Biarlah dianggap tidak matang sekalipun, Elly tetap tidak akan berhenti menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suaminya itu demi masa depan anak perempuan tercinta, Putri Sara Sefhia. Tambah Elly, Azmi bukan sahaja culas dengan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa tetapi sudah lama tidak menjenguk anak mereka.

Saya tidak pernah menghalang mereka berjumpa. Bagi saya, anak itu pembawa rezeki. Jika kita melaksanakan amanah Tuhan dengan baik, saya percaya pintu rezeki akan terbuka lebih luas. Itu yang cuba saya pertahankan.

Terdahulu,  Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah supaya Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober tahun lalu. Azmi dan Elly sah bercerai pada 15 Oktober 2015. Kemudian pengarah itu mendirikan rumah tangga bersama pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017.

Sumber Berita : BH ONLINE