May 3rd, 2017

Bernikah secara senyap dalam satu majlis tertutup pada 30 April lepas bersama kerabat diraja Johor dan Selangor, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, pelakon Juliana Evans akhirnya berkongsi beberapa foto eksklusif sekitar majlis raja seharinya itu.

Buat peminat Juliana, berikut kami sertakan lagi 11 foto sekitar majlis akad nikah beliau dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : DREAMPEEKS PHOTO


May 2nd, 2017

Sah bergelar isteri kepada Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, pelakon Juliana Evans memberitahu mereka bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pada masa yang sama, Juliana sempat meluahkan rasa syukur kerana majlis perkahwinannya itu berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga. Dan saya berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami.

Tanggal 30 April lepas, Juliana dan suaminya yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor sah diijabkabulkan pada jam 10.45 pagi di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Pasangan terbabit dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd Rasid Mahful.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : DREAMPEEKS PHOTO

April 30th, 2017

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Juliana Evans sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor. Majlis akad nikah mereka diadakan secara tertutup dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Difahamkan, majlis resepsi Juliana dan Tengku Sharifuddin dijangka akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Khas buat peminat Juliana, berikut kami sertakan beberapa foto sekitar majlis akad nikah beliau dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Uprising Entertainment / Dreampeeks Photo

April 30th, 2017

Teka-teki mengenai khabar angin tentang perkahwinan Juliana Evans dan kekasihnya, Tengku Sharifuddin akhirnya terjawab apabila pasangan sama cantik sama padan itu sah bergelar suami isteri hari ini hanya dengan sekali lafaz. Pasangan terbabit dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd Rasid Mahful.

Difahamkan majlis akad nikah mereka berlangsung pada jam 10.45 pagi tadi di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram, Juliana dan Tengku Sharifuddin tampak begitu cantik dan segak dalam busana sedondon berwarna putih.

Kami mengucapkan tahniah buat Juliana dan Tengku Sharifuddin dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke syurga.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto pasangan pengantin baru ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Khir Khalid / Tengku Chanela Jamidah

Sumber Berita : BH ONLINE