July 8th, 2020

Pelakon Julia Ziegler selamat melahirkan cahaya mata kedua yakni bayi lelaki dengan berat badan sebanyak 3.58 kilogram sekitar petang semalam.

julai ziegler selamat bersalin

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Julia di laman Instagram menerusi muat naik di Insta Story.

julia ziegler selamat bersalin anak kedua

“Alhamdulillah, bayi lelaki kami seberat 3.58 kilogram selamat dilahirkan pada jam 4.35 petang, 7 Julai 2020.”

Bagaimanapun wajah anaknya itu masih belum dipaparkan kepada umum.

Julia juga sebelum ini turut berkongsi fotonya di wad bersalin dalam sebuah entri di laman berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu turut dihujani dengan pelbagai komen murni daripada para pengikutnya.

Tidak kurang juga golongan selebriti seperti Dynas Mokhtar, Raja Ilya, Aaron Aziz dan Faezah Elai yang turut memberi sokongan buat Julia supaya dipermudahkan segala urusannya.

Untuk rekod, Julia sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama suami yang dikenai sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup yang dibina, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Ivana Johan yang kini dikhabarkan berusia 1 tahun 6 bulan.

January 1st, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Julia Ziegler yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang jurutera mekaninal iaitu Johan hanya dengan sekali lafaz,  dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung  kira-kira jam 11 pagi tadi di kediaman keluarga pengantin perempuan terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Julia menerima mas kahwin RM80 berserta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama. Walaubagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Pada masa yang sama, Julia sempat meluahkan rasa syukur kerana majlis perkahwinannya itu berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan.

Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.  Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya.

Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga anak cucu dan dilimpahi dengan kebahagiaan. Tahniah sekali lagi buat Julia Ziegler dan suami.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : HVP Production

November 30th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Julia Ziegler yang bakal bernikah dengan cinta hatinya, Johan yang merupakan seorang jurutera kimia pada 1 Januari tahun depan. Julia menganggap ia permulaan bagi satu kehidupan baharu  buat dirinya.

Julia hanya akan mengadakan majlis pernikahan sederhana di rumah keluarga beliau di Kampung Baru. Majlis resepsi perkahwinannya turut diadakan pada hari yang sama dengan konsep “garden wedding”.

Saya pilih tarikh 1 Januari itu sebab hari Ahad, permulaan tahun baru dan permulaan hidup saya yang baru sebagai isteri. Majlis saya nanti akan diadakan secara sederhana iaitu di rumah saya sahaja di Kampung Baru.

Siang nikah malam resepsi. Konsep garden wedding. Majlis saya sehari itu sahaja termasuk dengan majlis pihak lelaki.

Yang penting bagi saya adalah kehadiran keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan masa yang berkualiti bersama mereka. Saya mahukan kenangan bersama mereka di hari persandingan saya.

Menurut Julia, Johan adalah bakal suami adalah jodoh yang terbaik buat dirinya. Mereka sama-sama mempunyai sifat yang sempoi dan serasi bersama.

Sumber Berita : Media Hiburan

October 31st, 2016

Bakal berkahwin dengan seorang jurutera kimi bernama Johan pada awal tahun hadapan, pelakon Julia Ziegler mempercayai jejaka pilihan hatinya itu adalah calon terbaik buat dirinya.

Menurut Julia, bakal suaminya itu mempunyai darah kacukan seperti beliau dan saling memahami antara satu sama lain. Malah, sikap mereka juga hampir sama.

Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

Saya percaya, beliau ialah jodoh terbaik untuk saya dan beliau memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya.

Berbicara mengenai persiapan perkahwinannya, Julia dan Johan telah pun menghadiri kursus kahwin baru-baru ini dan segala rencana mereka sudah hampir sempurna. Julia tidak mahu membazir untuk majlis raja seharinya itu dan hanya melakukan apa yang wajib sahaja. Cukuplah untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana.

Majlis kahwin saya cukup ringkas dan sederhana. Paling penting ialah acara wajib, iaitu akad nikah, berlangsung dalam suasana yang sempurna.

Dalam membuat persiapan majlis bersejarah kami, saya juga harus mengambil kira permintaan keluarga dan bakal mentua.

Bukan mudah untuk mencari pasangan yang serasi dengan diri kita. Harapnya Julia dan Johan akan bahagia dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE