May 29th, 2011

salma juara mentor 5

Akhirnya waktu yang ditunggu telah tiba, sekarang ini sedang berlangsung siaran langsung konsert akhir Mentor 5. Final Mentor 5 kali ini menyaksikan pertarungan sengit 3 wanita, Salma, Iqa dan Shiha. Siapakah yang bakal menjadi juara Mentor 5?

Daripada persembahan pusingan pertama, nampak vokal Salma ada kelebihan sedikit berbanding Iqa dan Shiha. Namun begitu perlu diingatkan yang Salma sepatutnya tidak berada di atas pentas malam ini. Namun begitu TV3 membuat sedikit kelainan dengan mewujudkan 3 peserta final malam ini.

Apa pun kita nantikan siapakah yang bakal bergelar Juara Mentor 5 sebentar lagi. Follow Abang Nara di Twitter dan LIKE Facebook BeautifulNara untuk update terkini.

May 23rd, 2011

juara mentor 5

Tup-tup kita sudah hampir sampai ke penghujung rancangan Mentor 5. Ramai yang terkejut dengan keputusan separuh akhir semalam. Rata-rata terkejut kerana peserta pilihan ramai, Salma tidak dapat layak ke final. Nasib baik TV3 membuka peluang kepada Salma dengan menukar format final Mentor 5 kepada 3 orang peserta. Adakah ini satu cara untuk TV3 meraih lebih banyak undi? Maklumlah Salma kan ramai peminatnya.

Apa pun, ramai yang berkata punca utama Salma mendapat markah yang rendah kerana over confidence. Mungkin ada benar juga kata-katanya itu. Bagi Abang Nara, mungkin Salma tidak cuba mengvariasikan persembahannya setiap minggu. Mungkin mentor Erra Fazira boleh cuba tengok balik di mana kelemahan yang ada. Yang penting, jangan over confidence takut menangis tak berlagu kalau kalah nanti

Apa pun sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal bergelar juara Mentor 5 nanti. Final yang dikuasai oleh 3 orang wanita iaitu Salma, Shiha dan Iqa pastinya menjanjikan satu persembahan yang mantap. Siapakah juara Mentor 5 pilihan anda?

March 22nd, 2011

Tergugur bulu ketiak Abang Nara mendengar vokal Salma. Awesome ~~~

March 8th, 2011

salma mentor 5
Hebat gila. Itu aje yang mampu Abang Nara ungkapkan apabila mendengar suara Salma Mentor 5 di Youtube menyanyikan lagu Bertamu Di Kalbu. Kalah suara Erra Fazira, mentor dia. Abang Nara rasa peratusan Salma untuk bergelar juara Mentor 5 amat tinggi sekiranya dia dapat mengekalkan prestasi di minggu seterusnya. Jom layan video nyanyian Salma.

1. Video Salma di Minggu Pertama Mentor 5 – Bertamu Di Kalbu

2. Video Salma karaoke lagu Listen – Beyonce

 

3. Video Salma nyanyi lagu Anggapanmu

 

Sesapa yang rajin tengok Mentor dan ada banyak duit terlebih sila vote Salma supaya dia jadi juara Mentor 5. Sekian terima kasih.