May 16th, 2020

Berdepan situasi getir, penanyi dan usahawan terkemuka, Mila Jirin tampil bersuara bekenaan isu yang melibatkan perniagaan yang kini difahamkan berdepan situasi yang kurang enak didengar.

mila jirin

Susulan Perintah Kawal pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu akibat penularan wabak COVID-19, Mila yang juga pemilik syarikat perancang perkahwinan BIzmilla akui terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.

Namun, tambah Mila lagi, meskipun diberi ujian sebegini, beliau langsung tidak akan membiarkan semua pekerjanya hilang punca pendapatan ekoran masalah berkenaan.

Walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir setengah juta sebulan, Mila yang berkongsi berita tersebut di laman Instagramnya tetap sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan syarikat.

View this post on Instagram

[Mohon dibaca sehingga habis] Para pekerja saya BERSATU HATI membantu saya dan syarikat dalam menempuh fasa PKP yang telah menjejaskan industri perkahwinan dan travel. – Sebenarnya waktu nak tulis posting ini pun, hati saya sebak. – Few days ago, saya adakan meeting dengan pekerja saya di BIZMILLA. Saya maklumkan tentang situasi sebenar syarikat, dan apa perancangan syarikat untuk menjana pendapatan bagi menampung kos operasi dan kos pengurusan (Gaji Pekerja). – Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir 2 bulan lebih. Buat masa ini, pihak syarikat masih bertahan walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir SETENGAH JUTA sebulan 😢, saya tetap POSITIVE untuk berjuang bersama sama pekerja saya di Bizmilla #InsyaAllah. – Di Bizmilla kami memang ada unit Pastry, unit ini menyediakan semua jenis manisan dan pastry untuk buffet Majlis perkahwinan di Dewan Bizmilla, team pastry dan beberapa warga kerja dibahagian pengurusan dengan penuh semangat berjuang bersama sama syarikat dan mencetuskan idea untuk menghasilkan kek kek yang super sedap untuk juadah Syawal ini dan juga untuk sebarang ulangtahun mahupun apa jua majlis sambutan dirumah. Boleh follow IG @bizmilla_cakepastry untuk melihat kek kek yang bakal dibuka tempahan dan boleh lah buat tempahan untuk Hari Raya nanti Insya Allah – Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang, saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit, terutama kos pengurusan (Gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan. Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja pekerja saya hilang punca pendapatan, kita buat lah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama sama mendapat pendapatan. – Saya mohon, pada rakan rakan saya di Instagram ini, bantulah menyokong inisiatif pekerja pekerja saya. – Follow IG @bizmilla_cakepastry insya Allah harini kami akan update IG

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

“Saya mohon, pada rakan-rakan saya di Instagram ini, bantulah menyokong inisiatif pekerja-pekerja saya”

Dalam pada itu, beliau amat bersyukur kerana mempunyai pekerja yang bersetuju untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan bersama syarikatnya.

Tambahnya lagi, beliau kini giat menghasilkan perusahaan manisan seperti kek untuk juadah di bulan Ramadan serta sebarang majlis yang disambut di rumah.

“Team pastry dan beberapa warga kerja dibahagian pengurusan dengan penuh semangat berjuang bersama sama syarikat dan mencetuskan idea untuk menghasilkan kek”

Walaupun kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir dua bulan, Mila difahamkan tetap berfikiran positif untuk berjuang bersama pekerjanya demi peroleh pendapatan.

Terdahulu, juara Akademi Fantasia musim kelima ini, tidak menafikan dirinya seorang jutawan. Malah selain perniagaan pakej perkahwinan, penyanyi kecil molek ini juga turut mengendalikan produk kesihatan dan kecantikan Bizmilla NZ Beauty, perniagaan makanan Embun Urai dan jenama pakaian Baju Kurung Milla yang popular di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Advertisement