March 1st, 2017

Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya hari ini. Berita sedih ini telah disahkan oleh anak keduanya Putera Hang Jebat. Allahyarham meninggal dunia ketika di klinik kira-kira jam 5.45 petang.
jins shamsuddin meninggal duniaKata Putera Hang Jebat:-

Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, Mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan. Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik.

jins shamsudin meninggal duniaSesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah. Sumber Berita Harian.

February 3rd, 2015

Beberapa hari lepas foto Tan Sri Jins Shamsuddin yang kelihatan sudah uzur dan kurus telah tersebar luas di Internet. Ramai yang telah membuat spekulasi berdasarkan foto tersebut dan tidak kurang juga mereka yang memberikan komen negatif.

Semalam, Presiden Persatuan Seniman Zed Zaidi telah melawat Tan Sri Jins Shamsuddin di rumah beliau untuk melihat sendiri keadaan terkini seniman itu dan agak terkejut apabila melihat beliau masih lagi sihat dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.

Zed Zaidi dalam satu kenyataan menjelaskan ahli keluarga Tan Sri Jins Shamsuddin merasa kesal dengan perbuatan mereka yang menyebarkan foto tersebut dan telah membuat andaian hanya berdasarkan satu foto.

Apa yang beliau beritahu saya dia kesal dengan penyebaran gambar oleh pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah suaminya itu uzur dan tidak dijaga dengan baik.

Lebih membimbangkannya adalah telahan yang tidak benar dibuat terhadap Jins tanpa bertanya sendiri kepadanya sebagai individu paling dekat dengannya.

Pada kunjungan tersebut pihak Seniman dan Koperasi Penggiat Seni Berhad (Koseni) turut memberi sumbangan kepada Tan Sri Jins Shamsuddin dan membaca doa agar kesihatan pelakon dan pengarah terkenal itu dalam keadaan baik.

Adalah menjadi tanggungjawab Seniman juga apabila tersebar cerita sebegini kami perlu melihat sendiri untuk memastikan sama ada cerita yang tersebar adalah benar atau pun tidak.

Tan Sri Jins Shamsuddin telah menghidap penyakit Alzheimer sejak tahun 2011 dan kini dijaga dengan baik oleh isteri tercinta Puan Sri Halijah Abdullah.
Kadang-kala media sosial juga boleh menyebarkan sesuatu yang tidak benar. Tidak boleh salahkan pengguna kerana mereka menyerap apa sahaja yang disiarkan kerana tidak mengetahui cerita disebaliknya. Mari sama-sama kita mendoakan agar Tan Sri Jins Shamsuddin sihat selalu dan berhenti membuat spekulasi.

Sumber Berita:mStar Online