March 21st, 2016

Sudah secara rasmi bergelar isteri  kepada Ungku Hariz semalam, pelawak popular Jihan Muse mula berharap agar beliau dikurniakan cahaya mata secepat mungkin kerana faktor umurnya yang sudah memasuki usia 33 tahun.

Saya tidak ada rancangan untuk anak, tapi kalau boleh saya ingin cepat sebab umur saya bukan muda lagi.

Pada masa yang sama, Jihan yang sedar bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri serta akan cuba sehabis baik dan tidak akan memandang ringan perkara berkenaan.

Sembilan tahun bercinta, beliau sudah dapat belajar sedikit demi sedikit cara untuk menambat hati Ungku Hariz dan mengatasi sebarang masalah.

Selepas bergelar isteri sudah tentu tanggungjawab kita lebih besar dan apa juga yang kita lakukan perlu beritahu kepada suami berbeza dengan kehidupan bujang dahulu.

Saya tidak mahu ambil ringan tentang perkara itu dan nasib baik juga sepanjang sembilan tahun kami bercinta ini dia sudah melatih saya untuk sentisa beritahu apa yang saya lakukan.

Bagi saya yang penting ialah komunikasi walaupun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun saya tidak menafikan kata orang kehidupan berkahwin berbeza daripada bercinta dan saya harap kami dapat laluinya dengan baik.

Walaupun sudah berkahwin, Jihan tetap akan aktif dalam bidang seni seperti biasa. Malah, beliau mendapat sokongan Ungku Hariz yang tidak melarang beliau untuk melakukan apa sahaja demi karier Jihan asalkan isterinya itu tahu menjaga diri.

Wah memahami betul suami Jihan bukan? Soal anak pula, inshaAllah kalau ada rezeki dapatlah Jihan dan Ungku Hariz bergelar ibu dan bapa dengan cepat. Apa yang penting usaha dan doa kepada Allah SWT.  Semoga perkahwinan anda berdua kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

 

March 20th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz yang sudah sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz  sebentar tadi.

Ungku Hariz menyerahkah mas kahwin sebanyak RM300 kepada Jihan dan saling berbalas lima dulang hantaran. Walaubagaimanapun pasangan ini merahsiakan jumlah hantaran perkahwinan.

Majlis akad nikah berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam dan pasangan ini dinikahkan  oleh bapa pengantin perempuan sendiri Musa Abdul Aziz serta bersaksikan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhamad Dasuki.

Untuk pengetahuan anda, Jihan dan Ungku Hariz telah bercinta selama sembilan tahun.

Nantikan update selanjutnya di Beautifulnara.com

March 19th, 2016

Selepas 9 tahun bercinta, pelawak dan pengacara Jihan Muse mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada hari Ahad ini.

Jelas Jihan, beliau dan pasangan sudah lama merencana untuk bernikah tetapi terpaksa menangguhkan hasrat mereka kerana sibuk dengan kerjaya.

Alhamdulillah setelah sembilan tahun menyemai kasih akhirnya kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Ahad ini. Jadual yang padat antara faktor kami mengambil masa yang lama untuk berkahwin.

Tambah Jihan, Ungku Hariz merupakan seorang yang cukup memahami dirinya dan sentiasa berada disisi beliau ketika waktu susah dan senang.

Tahniah kami ucapkan kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz, semoga segala perancangan pernikahan mereka esok berjalan dengan lancar. Ini lah kata orang kalau jodoh tidak kemana, 9 tahun bercinta akhirnya berakhir di jinjang pelamin jua.

Sumber Berita : BH ONLINE