December 22nd, 2016

Pelakon Ungku Hariz memulakan kerjaya dalam industri hiburan tempatan lebih awal berbanding isterinya, Jihan Muse. Namun, baru sekarang nama Ungku Hariz mula mendapat perhatian sesetengah pihak apabila beliau menjadi suami kepada Jihan.

Timbul kata-kata kurang enak bahawa Ungku Hariz bergantung hidup dengan Jihan kerana isterinya itu lebih popular.

Walaubagaimanapun, Ungku Hariz tidak cepat melatah dengan percakapan orang dan aku sekiranya ada yang mempunyai anggapan sebegitu terhadap dirinya.

Saya menganggap ini semua rezeki Allah, cuma rezeki Jihan orang terus nampak.  Saya ini lebih kurang menumpang populariti Jihan serta orang pun memikirkan begitu juga. Saya tak kisah andai itu yang mereka fikirkan.

Saya tahu keadaan saya di dalam industri macam mana, penglibatan saya pun adalah untuk menunjukkan bakat saya dan melakukan apa yang saya suka seperti berlakon. Begitu juga dengan Jihan, Allah berikan rezeki dengan jalan yang lebih mudah.

Menurut Ungku Hariz, beliau sebenarnya tidak pernah menggunakan Jihan untuk mendapatkan mana-mana tawaran berlakon. Setiap apa yang beliau lakukan, beliau akan cuba untuk berusaha sendiri.

Mungkin senang untuk saya katakan, orang melihat saya bergantung hidup dengan Jihan dan usaha kena berganda. Pun begitu, buat masa ini Jihan tak pernah lagi bagi job dekat saya.

Kami masing-masing berusaha mencari rezeki. Pada masa yang sama saya banyak juga berlakon, cuma viral tentang saya belum lagi masanya.

Biasalah tu mulut orang kita tidak boleh tutup, kalau ada suami yang kurang popular daripada isterinya pasti akan dikatakan menumpang hasil isteri. Bersabarlah Ungku Hariz, inshaAllah satu hari nanti pasti akan ada rezeki untuk anda lebih dikenali.

Sumber Berita : Media Hiburan

March 25th, 2016

Tiada saat yang lebih indah apabila setiap pasangan bercinta sah menjadi suami isteri. Selama sembilan tahun Jihan Muse dan Ungku Hariz bercinta, agak jarang kita melihat pasangan ini menampilkan kemesraan mereka di khalayak ramai.

Namun, selepas bergelar suami isteri pada 20 Mac lepas, mereka kini menikmati setiap detik indah bersama dan ia dapat dilihat dengan jelas menerusi foto yang dimuat naik oleh CST Production menerusi Instagram mereka.

Ramai yang mendoakan agar Jihan dan Ungku Hariz kekal bahagia dan dilamun cinta sebegini sehingga akhir hayat mereka.

Lagi dua foto mesra Jihan Muse dan Ungku Hariz dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit foto : Instagram CST Production

March 19th, 2016

Selepas 9 tahun bercinta, pelawak dan pengacara Jihan Muse mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada hari Ahad ini.

Jelas Jihan, beliau dan pasangan sudah lama merencana untuk bernikah tetapi terpaksa menangguhkan hasrat mereka kerana sibuk dengan kerjaya.

Alhamdulillah setelah sembilan tahun menyemai kasih akhirnya kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Ahad ini. Jadual yang padat antara faktor kami mengambil masa yang lama untuk berkahwin.

Tambah Jihan, Ungku Hariz merupakan seorang yang cukup memahami dirinya dan sentiasa berada disisi beliau ketika waktu susah dan senang.

Tahniah kami ucapkan kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz, semoga segala perancangan pernikahan mereka esok berjalan dengan lancar. Ini lah kata orang kalau jodoh tidak kemana, 9 tahun bercinta akhirnya berakhir di jinjang pelamin jua.

Sumber Berita : BH ONLINE

February 24th, 2016

Bercinta selama lapan tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat, pasti pasangan Jihan Muse dan Ungku Hariz sudah dapat memahami sikap masing-masing dengan lebih mendalam.

Ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk melihat mereka ke jinjang pelamin dan menurut beberapa sumber mereka nampaknya bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi selepas melihat Jihan baru-baru ni berkunjung ke butik pengantin Man Kajang bersama seorang make up artist.

Malah mereka dijangka akan mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan. Majlis pernikahan Jihan dan Ungu Hariz bakal diadakan di Shah Alam pada 20 Mac manakala majlis resepsi pula pada 27 Mac.

Namun, pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai berita berkenaan.

Jika benar, kami ucapkan tahniah kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz. Kata orang kalau sudah kenal luar dalam pasangan kita, janganlah tunggu lagi dan cepat-cepat jadikan hubungan itu halal. Hehe..

Sumber Berita: BH ONLINE