February 3rd, 2016

Baru-baru ini, Jihan Muse ada memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen “ yang mana satu idaman kalbu”.

Dalam video tersebut Jihan bertanya yang mana satu pilihan hati antara Anuar Zain ataupun Abam Bocey. Membuat memek muka saat beliau menunjukkan Abam, ada antara pengguna media sosial menyifatkan tindakan Jihan itu agak melampau dan seakan menghina Abam.

Namun, ada juga yang berpendapat itu cuma gurauan biasa antar rakan dan orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan serta menjadikan ia satu isu yang besar.

Berikut video yang dimuat naik oleh Jihan :-

Apa pendapat anda? Pada kami apa yang Jihan lakukan itu bukan melampau pun, biasalah tu gurau dengan kawan-kawan. Macamlah korang tidak pernah buat kan?Terpulang pada pemikiran masing-masing.