February 6th, 2017

Harapan peminat Jep Sepahtu dan Sari Yanti untuk melihat mereka berdua ke jinjang pelamin dalam masa terdekat mungkin tidak kesampaian selepas Jep menafikan khabar angin bahawa beliau dan Sari Yanti bakal bertunang pada bulan ini.

Jep enggan mengulas panjang mengenai gosip tersebut dan hanya menyatakan mereka berdua tidak pernah mempunyai perancangan untuk bertunang.

Bertunang? tak ada lah, mana ada. Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Kami memang tiada perancangan untuk bertunang.

Berita pertunangan Jep dan Sari Yanti pada awalnya dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan pada hari Ahad lepas.  Menurut mereka, dakwaan Jep dan Sari Yanti bercinta lebih kuat apabila Sari Yanti baru-baru ini mengungkapkan kata “ I love you” menerusi ruangan komen di Insta Live Jep.

Malah, rakan-rakan Jep di Sepahtu Reunion Live juga menyenangi kehadiran Sari Yanti.

Sumber Berita : Astro Gempak

February 6th, 2017

Hubungan mesra Jep Sepahtu dan Sari Yanti nampaknya semakin hari menjadi bualan peminat lebih-lebih lagi apabila Sari Yanti secara terbuka menulis komen “ I love you” dan “handsomenya” ketika menerusi Insta Live Jep. Ramai yang percaya, itulah ungkapan cinta Sari Yanti buat pelawak tersebut.

Terbaru, menerusi ruangan Diva di Kosmo, ada khabar angin mengatakan mereka berdua akan mengikat tali pertunangan bulan ini.

Walaubagaimanapun, Jep dan Sari Yanti masing-masing enggan mengulas berita berkenaan.

Jika perkhabaran ini benar, kami rasa eloklah sesuatu perkara yang baik itu dipercepatkan. Hubungan mereka berdua juga direstui peminat, pasti mereka akan doakan yang baik-baik. Tambahan pula, Jep pernah mengatakan beliau cukup selesa bersama Sari Yanti.

Sumber Berita : Kosmo Online