June 26th, 2020

Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu baru-baru ini ada berkongsi foto sambutan Hari Bapa yang disambut secara sederhana bersama isterinya, Sari Yanti dan anak-anak.

Dia yang berkongsi foto momen sambutan itu di instagram turut menyampaikan ucapan terima kasih buat insan-insan tersayang yang menyambutnya bersama dengan sebiji kek comel.

Netizen yang mengikuti perkembangan karier dan peribadi pasangan ini turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat hari bapa buat Jep.

View this post on Instagram

Terima kasih kesayangan abah @sariyanti @dariyainaraofficial #barr #baasit #khidir ??

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Yang menarik perhatian dalam foto tersebut Jep sempat meletakkan emoji di bahagian tubuh badan Sari Yanti dalam usaha menutup aurat isterinya itu.

Netizen yang melihat rata-rata memuji tindakan Jep yang melindungi aurat Sari Yanti walaupun isterinya itu telah menutup aurat secara sopan.

Malah, dalam kapsyen entri berkenaan, Jep juga seolah-olah memberi ‘hint’ nama anak lelaki yang baru ditimangnya baru -baru ini iaitu Khidir.

View this post on Instagram

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Semua ????

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Untuk info, Sari Yanti yang sebelum ini mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Barr Al  Aliy dan Baasit Al Haq. Manakala hasil perkahwinan dengan Jep, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara dan seorang bayi lelaki yang belum didedahkan namanya kepada umum.