July 5th, 2014

Ini adalah berita yang amat  mengejutkan dan sedih buat rakyat Malaysia terutama mereka yang terlibat dalam bidang hiburan. Sharifah Aini telah pun disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi akibat jangkitan paru-paru. Beliau berusia 61 tahun.

sharifah aini meninggal dunia

Sharifah Aini beberapa hari sebelum meninggal dunia telah dimasukkan ke ICU kerana sakit yang sama. Sebelum itu Allahyarham turut melahirkan rasa redhanya jika dijemput Allah dalam masa terdekat. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Sesungguhnya ini adalah kehilangan besar buat industri hiburan tanah air. Al-Fatihah. Info asal AstroAwani.