Written by Bella | June 11th, 2017

Gara-gara memuat naik foto memakai telekung selepas selesai mengerjakan solat tarawih di akaun Instagramnya, pelakon Janna Nick menerima pelbagai komen daripada netizen. Walaubagaimanapun, Janna tidak mahu terlalu memikirkan percakapan orang ramai dan tetapi beliau tetap ingin menjelaskan apa yang beliau lakukan itu bukanlah untuk menunjuk.

Saya tak pernah kisah apa orang nak cakap! Siapa kita nak jatuhkan hukum ikhlas atau tidak ibadat seseorang itu? Lagipun perkara ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar untuk dibincangkan. Bulan yang mulia ini, apa kata fikir yang baik-baik saja mengenai orang lain.

Janna juga sebenarnya sempat membalas beberapa komen dengan niat untuk memberitahu perkara sebenar dan bukan bertujuan untuk berlagak pandai. Janna hanya ingin mempromosikan telekung yang dipakainya.

Bukan niat saya untuk berlagak pandai atau nak menyakitkan hati orang lain. Tindakan saya membalas komen-komen itu untuk memberikan penjelasan kepada mereka yang telah salah faham

Sabar lah Janna,  tidak semua yang kita lakukan itu sempurna di mata netizen. Anggaplah sahaja ia cabaran ketika dalam bulan puasa ini.

Sumber Berita : mStar Online