Written by Bella | October 23rd, 2019

Biarpun sudah mempunyai cahaya mata bersama suami tercinta, Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda sehingga hari ini masih lagi menerima kecaman gara-gara kontroversi terdahulu,  dia masih terus dilabel sebagai sebagai perampas dan macam-macam lagi.

izreen azminda

Tidak mahu netizen terus berbalah, Izreen tetap dengan keputusannya untuk tidak membuka ruangan komen di Instagram.

Bukan saya takut dicemuh, cuma saya tidak suka melihat pengikut berbalah sesama mereka di laman sosial. Jika saya membuka ruangan komen itu, saya diibaratkan seperti menjadi pencetus pergaduhan. Saya tidak perlukan pendapat orang luar dalam kehidupan. Cukup suami dan keluarga ada di sisi ketika saya memerlukan mereka.

izreen azminda ude wahid

Apabila ramai yang memberikan pendapat, ia bukan menjadi lebih baik, sebaliknya menyemarakkan lagi api yang sedang membahang. Tidak perlu buat spekulasi mengenai kehidupan orang lain.

Izreen tidak menafikan segala kontroversi yang melanda hidupnya sejak dua tahun lalu adalah satu dugaan berat dihadapinya dan suami. Namun, kini dia enggan lagi tertekan dengan persepsi orang terhadap dirinya, biarlah jika mereka ingin terus menghukum.

Banyak perkara yang saya belajar selepas berdepan ujian dalam hidup. Dahulu, saya panas baran dan tidak boleh membiarkan orang lain memperlekeh diri. Tetapi kini, saya menjadi lebih sabar. Saya biarkan sahaja orang luar menghukum dan tidak lagi mempertahankan diri. Ujian itu juga sebenarnya membuka mata saya mengenai harga kejujuran dan persahabatan.

Izreen berkata meskipun hatinya pernah terguris dengan segala kata-kata cacian yang dilemparkan, dia bagaimanapun redha melaluinya. Malah, ada juga netizen tampil memohon maaf kepadanya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | August 13th, 2019

Selepas lebih sebulan melahirkan cahaya mata, pelakon Izreen Azminda baru-baru ini mengadakan majlis tahnik dan akikah anaknya, Aaron Ibrahim.

izreen azminda akikah

Majlis tersebut diadakan secara sederhana, namun penuh bermakna untuk dirinya dan suami tercinta, Ude Wahid. Izreen turut memuat naik foto momen mereka sekeluarga.

Pada masa yang sama, Izreen tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua kepada suaminya.

akikah anak izreen azminda

aaron ibrahim izreen azminda

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 secara tertutup. Aaron selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada  2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.

izreen azminda ude wahidUde juga memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaity Arish Muqri, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.

Written by Bella | July 3rd, 2019

Terdahulu, kemelut rumah tangga Intan Liana Salleh, Ude Wahid dan Izreen Azminda mendapat perhatian ramai. Walaupun isu itu sudah lama berlalu, masih ada segelintir netizen yang belum melupakannya.

Mempunyai kehidupan masing-masing selepas lebih setahun berpisah, Intan akui merasa kesal dan bengang dengan individu yang masih mengaitkan dirinya dengan bekas suami.

Malah, ada yang mendakwa Intan sengaja ingin meraih simpati. Jelas Intan, dia sekali pun tidak pernah terkenangkan lagi memori lama bersama bekas suaminya itu dan setiap muat naik di akaun Instagramnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Terdahulu  menerusi satu muat naik di Instagram, Intan berjanji akan melakukan yang terbaik buat anak-anaknya yang masih kecil. Rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen dengan memberikan kata-kata semangat buat Intan dan mahukan pengadilan sewajarnya bagi pihaknya.

Walaubagaimanapun, ada pula yang salah faham dengan kapsyen yang ditulis oleh Intan dan mula mengaitkan nama bekas suaminya, Ude Wahid dan Izreen Azminda yang umum mengetahui baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.

Intan dan Ude mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 sebelum perkahwinan mereka bergolak saat Intan mendapat tahu  lelaki itu berkahwin secara senyap dengan Izreen pada 8 Ogos 2017. Intan dan Ude akhirnya bercerai pada 22 Mac 2018.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | July 2nd, 2019

Baru sahaja dikurniakan cahaya mata, Aaron Ibrahim, pelakon Izreen Azminda akui momen bersalin kali ini paling bermakna apabila suami tercinta, Ude Wahid berada disisi saat melahirkan zuriat mereka.

Pada masa yang sama, Izreen turut meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan dengan lancar.

Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana pembedahan terpaksa dijalankan akibat situasi cemas.

Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor membedah perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada  2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.

Ude juga memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaity Arish Muqri, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Amir Naufal Photography