November 16th, 2016

Pelakon Izreen Azminda menafikan gosip kononnya beliau sedang menjalinkan hubungan dan bakal berkahwin dengan seorang lelaki bergelar Datuk seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal akhbar tempatan pada hari Isnin lepas.

Saya terkejut juga pada mulanya tetapi bila fikirkan kembali ia sangat kelakar kerana gosip itu sama sekali tidak benar.

Saya sendiri tak tahu bagaimana gosip itu boleh keluar sedangkan saya kini tidak menjalinkan hubungan cinta pun dengan mana-mana lelaki.

Menurut gosip itu juga, Izreen sedang bercinta dengan rakan kongsi perniagaan minyak wanginya. Namun, Izreen menganggap ia adalah perkara yang mengarut kerana rakan kongsinya itu bukanlah lelaki bergelar Datuk tetapi seorang wanita.

Bagaimana pula dalam gosip itu memberitahu saya menjalinkan hubungan cinta dengan share partner dalam perniagaan perfume saya, sedangkan share partner saya itu tidak begelar Datuk malah seorang perempuan.

Saya tidak cepat melatah dengan gosip-gosip sebegini kerana sudah biasa dan pernah laluinya sebelum ini.

Izreen menjelaskan, buat masa ini beliau tidak menjalinkan apa-apa hubungan cinta dan mahu memberikan fokus seratus peratus terhadap perniagaan minyak wanginya itu. Tambah Izreen, bukan mudah juga untuk mencari teman lelaki yang boleh menerima status beliau sebagai janda anak satu.

Terus-terang saya masih lagi sendiri dan belum menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Bukan tidak mahu bercinta tetapi saya tidak tergesa-gesa untuk mencari teman hidup.

Lagipun bukan mudah untuk mencari lelaki yang boleh menerima anak saya seperti anaknya juga. Justeru saya kini memberi fokus lebih pada perniagaan wangian saya.

Untuk pengetahuan anda, Izreen Azminda pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama Lara Aishah, Muhamad Riza Baharuddin sekitar tahun 2012 dan bercerai pada bulan Mei 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 3 tahun.

Sumber Berita : Astro Gempak

November 15th, 2016

Jika anda masih ingat, Izreen Azminda sebelum ini ada memberitahu beliau sudah serik dengan lelaki dan enggan lagi memikirkan untuk mencari pengganti meskipun sudah dua tahun bergelar janda anak satu.

Tiba-tiba pula, kami ada terdengar gosip yang mengatakan Izreen bakal bergelar Datin kerana seorang lelaki VVIP dengan gelaran Datuk bakal meminang pelakon wanita itu tidak lama lagi.

Menurut Poklip di Utusan Online, lelaki berkenaan merupakan orang kuat dalam perniagaan minyak wangi yang dilancarkan oleh Izreen baru-baru ini.

Difahamkan, mereka berdua semakin rapat dan hubungan yang terjalin agak serius. Tidak mustahil ia akan berakhir ke jinjang pelamin.

Jika berita ini benar, kami rasa tidak salah untuk Izreen bercinta dan berkahwin dengan sesiapa pun. Kami turut mendoakan kebahagiaan Izreen dan “kekasihnya” itu. Kita tunggu pula apa kata Izreen mengenai gosip ini nanti.

Sumber Berita : Utusan Online